Assalamualaikum
Lamanya nak buat entry pasal pengalaman bersalin. Setiap orang akan mengalami pengalaman bersalin yang berbeza, ada orang senang je bersalin..sakit sekejap je, baby dah keluar..ada orang susah nak bersalin..berjam-jam tahan sakit nak bersalin baru baby keluar..macam saya tak tau kategori yang mana satu..hihi..
Minggu ke -39 (3/11/15), saya macam biasa pergi berjumpa dengan Dr. Marsita untuk buat check up bulanan di KPJ Ampang Puteri. Doc scan nak tengok keadaan baby macam mana, setiap kali scan mesti minta doc print gambar muka baby tapi tak berkesempatan pun nak print sebab setiap kali scan baby mesti sorokkan muka dia. So, doc tak print sebab tak dapat gambar yang jelas. Doc bagitau kedudukan baby agak tinggi..tak betul-betul masuk laluan lagi. Lepas tu, problem yang lain pulak..muka baby menghadap hadapan kita atau dalam bahasa lainnya posisi posterior. Doc kata selalunya kalau baby dalam keadaan macam tu agak sukar untuk bersalin secara normal, boleh bersalin normal tapi akan ambil masa yang agak panjang untuk bersalin dan doc takut kila tak boleh bertahan sampai waktu bersalin. Bila dengar doc cakap macam tu, menambahkan lagi rasa nervous nak bersalin.
Sebelum balik, doc sempat berpesan supaya banyakkan bersujud dan kalau boleh duduk dalam keadaan membongkok atas bola angin untuk betulkan kedudukan baby. Nak tahu lebih lanjut apa itu posisi posterior, boleh baca kat sini. Hari tu juga, pertama kali rasa macam mana doc check bukaan. Alhamdulillah..tak ada rasa sakit langsung masa doc check bukaan. Masa nak check bukaan, pastikan kita tarik nafas barulah rasa tak sakit. Lepas doc check bukaan pergi toilet tengok ada darah kat panties. Saya sebagai mom to be ni apa lagi paniklah, ingatkan dah keluar tanda. Bila tanya semula doc pasal darah tu, doc kata tu normal. Ok, untuk pengetahuan ibu-ibu yang bakal bersalin sekiranya ada darah keluar lepas check bukaan kita still boleh solat seperti biasa tau. Jangan tak solat pulak ye..hihihi. Balik rumah gigih buat macam yang doc suruh, search-search kat internet macam mana lagi nak buat untuk bagi baby betulkan kedudukan dia.
Sampai dah masuk minggu ke-40, baby still lagi seronok duduk kat dalam. Tak ada tanda-tanda pun yang saya nak bersalin pada due date 11/11/15. Umi saya dah beberapa hari datang rumah saya sebab masa saya cakap yang jalan dah buka 1 cm tu, umi saya ingat mesti dalam sehari dua lagi saya akan bersalin. Sekali, dah seminggu selepas check jalan saya tak juga bersalin..hihihi..Sian umi kena duduk lama dekat rumah saya, nasib baik ada adik saya yang duduk kat Sabah tu dengan anak-anak dia sekali..tak ada lah umi saya bosan sangat.
12/11/15, appointment saya dengan Dr. Marsita. Kali ni terpaksa jumpa doc kat klinik persendirian dia di Taman Melati. Macam biasa doc scan untuk tengok baby macam mana, kecewa lagi sebab baby still macam minggu lepas. Macam tak ada perubahan, doc syak maybe tulang pelvik saya kecil tapi bila doc check doc kata tulang pelvik saya ok. Tak ada masalah untuk bersalin normal. So, bincang-bincang dengan doc dia bagi lagi tempoh sampai hari selasa (17/11/15). Hari Selasa tu kalau baby tak keluar lagi baru sama-sama buat keputusan dengan doc sama ada nak cuba bersalin secara normal or melalui pembedahan. Berdebar-debar sangat rasa, macam-macam perasaan ada.
Disebabkan saya rasa macam saya lambat lagi nak bersalin, so umi saya decide nak ke rumah kakak saya di Bangi dulu hari Khamis tu. Kebetulan abang ipar memang tak ada sebab berkursus selama 4 hari, jadinya bolehlah umi saya temankan kakak saya sementara tunggu saya bersalin. Malam khamis tu hantar umi saya ke Bangi. Tinggallah saya keseorangan di rumah hari Jumaat tu.
Hari Jumaat tu rajin kan diri kemas-kemas rumah sikit, saya dah mula bercuti seminggu sebelum due date lagi. Mula-mula ingat nak tunggu sampai bersalin baru bercuti tapi bila perut makin besar macam malas dah nak pergi kerja..hihi..bila duduk sorang-sorang rasa bosan je, tu yang rajinkan diri kemas rumah sikit-sikit. Malam tu ingat nak ikut en. suami pergi main badminton tapi malas nak mendaki naik tangga ke tingkat 4 bila balik nanti. So, en.suami pergi main badminton saya duduk di rumah je. Patutnya kalau nak bersalin kena lagi banyak bergerak tapi saya tak..hihihi.. Dalam pukul 10 lebih macam tu, tetiba saya diserang sakit kepala yang amat sangat. Cuba-cubalah tidur nak legakan sakit kepala tu tapi tak boleh nak tidur bila kepala dah sakit sangat. Whatsapp En. Suami tanya lambat lagi ke dia balik sebab nak minta dia picitkan kepala.
Bersambung... :-) :-) :-)
Bersambung... :-) :-) :-)