Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 7, 2016

Part 3 - Pengalaman Bersalin

Berbulan-bulan nak siapkan entry ni sahaja..hihihi..Kat ofis tak sempat nak update, kat rumah lagilah tak sempat nak pegang handphone. So, terperaplah lama entry ni dalam inbox. Insya-Allah, ni last entry untuk pengalaman bersalin :-)

Sampai di bilik bedah saya didatangi doktor pakar bius. Doktor lelaki, selepas doc bius suruh mengucap semua, doc pun inject bius melalui drip kat tangan saya. Masa ni saya dah tengah menahan sakit nak meneran, rasa cam baby nak keluar dah. Padahal kalau saya meneran pun confirm baby tak akan keluar. Lepas dah cucuk ubat bius saya tak sedar dah apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya cuma tersedar masa dorang dah bawa saya keluar dari bilik bedah dan tengah nak tukar katil bawa saya pindah ke wad. Pelik saya tak rasa sakit macam saya rasa masa buat pembedahan Endo dulu. Cuma kali ni saya rasa sangat-sangat mengantuk, mamai je bila nurse datang bawa baby. Saya hanya sempat cium baby lepas tu nurse letak baby dalam katil baby. Kemudian saya tertidur sampailah mak mertua saya datang dengan adik ipar. Tak lama lepas tu umi saya lak datang dengan kakak-kakak dan adik saya. Lambat umi saya sampai sebab tunggu kakak saya balik dari program anjuran company dia.

Sepanjang saya tidur, baby behave je..tak menangis langsung nak susu ke apa. Saya pulak naik hairan kenapa baby diam je. Sepatutnya kalau dah lama baby keluar, mesti dia dah menangis-menangis nak susu. Rupanya En. Suami saya cerita masa baby keluar dia memang tak menangis sangat. Setakat bunyi ek je..mujur tak ada apa-apa yang serius jadi kat baby saya. En. Suami saya kata baby jadi macam tu sebab saya terlebih sedut gas..my bad. Bila baby diam je, kitaorang paksa gak baby menghisap. Masa first time tu susu saya memang tak keluar. Agak stress juga picit-picit tak keluar apa-apa. Mula-mula memang baby cam tak pandai nak menghisap, lama-lama dia dah ok. Kalau nak tau baby dapat susu ke tak, tengok keliling mulut dia. Kalau macam ada putih-putih keliling mulut tu maknanya baby dapat minum susu kita.

Hari kedua selepas pembedahan, pagi-pagi nurse datang ambil baby untuk dimandikan. Kerja ibu dan ayah hanya tolong tukarkan pampers kalau dah penuh or baby berak. Kemudian, dalam tengahari nurse datang cabut tiub pundi kencing. Bermulalah episod nak kencing kena pergi toilet. Masa mula-mula nak bangun dari katil seksanya rasa. Kali ni nak bangun dr katil lagi payah dari masa OP endo dulu, mungkin sebab belahan dia lebih besar. Paling seksa tak boleh nak menunduk, duduk hospital swasta bolehlah family sentiasa berada dengan kita. So, adik saya lah yang layan saya selain dari En. Suami. Hari ke2, baby dah mula pandai menangis bila dia lapar. Itupun berbunyi sikit je. Still ibu dia boleh berehat dengan tenang..hihihi..

Hari ke-3, badan dah rasa segar sikit. Dah boleh keluar hospital..leganya bila doc Marsita kata dah boleh balik. Alhamdulillah, baby tak ada problem dan tak ada demam kuning. Sebelum keluar hospital ada staff nurse datang ajar cara penyusuan dengan betul. Macamana nak lekapkan mulut baby ke breast kita. Bukan main letak je. Disebabkan salah teknik, puting saya luka. Azab bila nak bagi baby menyusu. Lebih kurang pukul 3 lebih, dah settle hal bil semua..saya dah boleh balik. Dari hospital terus balik ke kampung saya di Pekan, umi saya tak bagi balik rumah sendiri dulu sebab rumah saya tak ada lif dan kena mendaki sampai tingkat 4.

Sepanjang start tidur di Pekan, baby meragam..sekejap-sekejap bangun nak menyusu sampai saya tak cukup rehat malam tu..dahlah terpaksa tempuh perjalanan jauh lepas tu baby pulak tak lena tidur. So, start berada di Pekan baby asyik nak mengempeng dan tak nak diletakkan di atas tilam dia. Sentiasa nak merasa hangat badan orang lain. Berlanjutan sehingga habis 44 hari tempoh berpantang. Rupanya adalah normal untuk baby sentiasa ingin dipeluk dan mengempeng dengan ibu dia masa dalam pantang sebab selama 9 bulan 10 hari dia mendengar degupan jantung ibu dia. Yelah first time mother kan kita tak tahu apa-apa, lepas tu anak-anak sedara tak pernah pulak macam anak saya asyik nak mengempeng je. Tu yang jadi macam stress sikit, lama-lama dah boleh adapt.

Sekian, pengalaman bersalin :-)


Muhammad Althaf Ilman
(Yang lemah-lembut dan yang berilmu)

Nota : Terkejut tengok total bil bersalin secara czer di Hospital Ampang Puteri. 


Monday, June 6, 2016

Part 2 - Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum

Ok, kita sambung bercerita tentang pengalaman bersalin. En. Suami cepat-cepat balik rumah lepas saya call dia. Lepas En. Suami dah picit-picit kepala barulah rasa lega, Dah ok, saya pun masuk tidur, masa tu dah pukul 1.00 pagi. Masa nak lena tu tetiba rasa macam basah je kat bawah, cepat-cepat bangun tengok apa benda yang basah tu. Air ketuban saya pecah. Tak membuang masa terus bersiap ke Hospital Ampang Puteri, sementara saya bersiap En. Suami telefon Dr. Marsita bagitau tentang keadaan saya. Memang doc suggest terus ke hospital. En. Suami lak terlebih gelabah tak tau nak buat apa mula-mula...hihi.saya relax je bersiap macam tak ada apa-apa berlaku. Mujur barang-barang untuk dibawa ke hospital saya memang dah stand by siap-siap letak tepi pintu rumah. Nak bawa senang ambik je.

Sampai Ampang Puteri kitaorang terus ke emergency, sementara En.Suami membuat pendaftaran saya ke toilet dulu. Masa nak kencing saya tengok kat panties air ketuban dah bertukar jadi warna hijau. Mula-mula keluar tadi still jernih lagi. Saya dah cuak, sempat berdoa dalam hati moga tiada apa yang buruk berlaku pada anak saya. Dah selesai pendaftaran, saya ditolak ke wad bersalin. Lucu rasanya sebab saya still masih boleh berjalan, tak ada rasa sakit dorang tetap paksa saya duduk atas kerusi roda. Mungkin itu procedure mereka.

Sebaik sampai di labor room, sister yg bertugas mlm tu datang untuk check bukaan. Ya Allah, sakitnya sister tu check bukaan. Saya dah tahan nafas pun still sakit..huhuhu..Bukaan tetap 1 cm, xda progress pun. Selepas itu, dorang pasang drip kat tangan saya. Benda yang paling saya tak suka bila masuk wad kena cucuk kat tangan. Check bacaan CTG, baby still ok. Bila dah masuk drip barulah saya rasa sakit. Nak baring xselesa tapi tak boleh bangun sebab tengah tengok bacaan CTG. Mula rasa perut memulas-memulas, asyik rasa nak terkencing dan terberak. Makin lama makin sakit, nurse suruh sedut oksigen kalau rasa sakit dtg. Pas sedut oksigen daku muntah. Sakit tak hilang juga. Nurse tanya nak pain killer tak, mula-mula ingat tak nak ambil pain killer tapi sebab tak tahan sangat serah je diri bagi nurse cucuk.

Lepas kena cucuk dan tekap je oksigen kat mulut barulah saya boleh tidur..masa cucuk pain killer tu dalam pukul 7 lebih..dari masuk hospital sampai pukul 7 tu baru saya boleh tidur. Saya memang tak sedar dah apa yang berlaku, sedar-sedar doktor dah sampai tengah check bukaan dan keadaan baby. Saya dengar doc bagitau En. Suami, baby still duduk kat atas. Tak turun bawah pun masuk laluan. Masa tu bukaan dah 7cm. Doc kata kita kena buat emergency c-section juga, tak boleh tunggu lagi. Kalau kedudukan baby ok masuk laluan memang doc cuba untuk bagi bersalin secara normal.

Bila tau saya kena buat operation, kelam-kabut nurse buat persediaan untuk hantar saya ke bilik bedah. Nurse tanya En. Husband nak masuk tak tengok, husband macam keberatan nak tengok. Tak tau kenapa dia macam berat nak tengok padahal dia dah biasa tengok orang kena bedah. Saya dalam sedar tak sedar tu sempat cakap kat En. Suami minta dia masuk juga tengok. Sepatutnya kalau bius full body, husband memang tak dibenarkan masuk tapi disebabkan En. Suami memang kerja kat KPJ di bahagian bilik bedah dia diberi kelonggaran untuk melihat proses kelahiran baby kami. Dalam hati terdetik, mesti ada staff nurse lelaki kat bilik bedah nanti sebab ni kes emergency czer tak boleh nak request staff nurse perempuan semua. Terpaksalah redha :-(

Bersambung..

Nota kaki :- Ingat nak buat semua dalam entry ni tapi rasa macam panjang sangat nnti korang nak baca, takut korang jemu baca entry panjang-panjang sangat.




Monday, March 7, 2016

Part 1 - Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum

Lamanya nak buat entry pasal pengalaman bersalin. Setiap orang akan mengalami pengalaman bersalin yang berbeza, ada orang senang je bersalin..sakit sekejap je, baby dah keluar..ada orang susah nak bersalin..berjam-jam tahan sakit nak bersalin baru baby keluar..macam saya tak tau kategori yang mana satu..hihi..

Minggu ke -39 (3/11/15), saya macam biasa pergi berjumpa dengan Dr. Marsita untuk buat check up bulanan di KPJ Ampang Puteri. Doc scan nak tengok keadaan baby macam mana, setiap kali scan mesti minta doc print gambar muka baby tapi tak berkesempatan pun nak print sebab setiap kali scan baby mesti sorokkan muka dia. So, doc tak print sebab tak dapat gambar yang jelas. Doc bagitau kedudukan baby agak tinggi..tak betul-betul masuk laluan lagi. Lepas tu, problem yang lain pulak..muka baby menghadap hadapan kita atau dalam bahasa lainnya posisi posterior. Doc kata selalunya kalau baby dalam keadaan macam tu agak sukar untuk bersalin secara normal, boleh bersalin normal tapi akan ambil masa yang agak panjang untuk bersalin dan doc takut kila tak boleh bertahan sampai waktu bersalin. Bila dengar doc cakap macam tu, menambahkan lagi rasa nervous nak bersalin.

Sebelum balik, doc sempat berpesan supaya banyakkan bersujud dan kalau boleh duduk dalam keadaan membongkok atas bola angin untuk betulkan kedudukan baby. Nak tahu lebih lanjut apa itu posisi posterior, boleh baca kat sini. Hari tu juga, pertama kali rasa macam mana doc check bukaan. Alhamdulillah..tak ada rasa sakit langsung masa doc check bukaan. Masa nak check bukaan, pastikan kita tarik nafas barulah rasa tak sakit. Lepas doc check bukaan pergi toilet tengok ada darah kat panties. Saya sebagai mom to be ni apa lagi paniklah, ingatkan dah keluar tanda. Bila tanya semula doc pasal darah tu, doc kata tu normal. Ok, untuk pengetahuan ibu-ibu yang bakal bersalin sekiranya ada darah keluar lepas check bukaan kita still boleh solat seperti biasa tau. Jangan tak solat pulak ye..hihihi. Balik rumah gigih buat macam yang doc suruh, search-search kat internet macam mana lagi nak buat untuk bagi baby betulkan kedudukan dia.

Sampai dah masuk minggu ke-40, baby still lagi seronok duduk kat dalam. Tak ada tanda-tanda pun yang saya nak bersalin pada due date 11/11/15. Umi saya dah beberapa hari datang rumah saya sebab masa saya cakap yang jalan dah buka 1 cm tu, umi saya ingat mesti dalam sehari dua lagi saya akan bersalin. Sekali, dah seminggu selepas check jalan saya tak juga bersalin..hihihi..Sian umi kena duduk lama dekat rumah saya, nasib baik ada adik saya yang duduk kat Sabah tu dengan anak-anak dia sekali..tak ada lah umi saya bosan sangat.

12/11/15, appointment saya dengan Dr. Marsita. Kali ni terpaksa jumpa doc kat klinik persendirian dia di Taman Melati. Macam biasa doc scan untuk tengok baby macam mana, kecewa lagi sebab baby still macam minggu lepas. Macam tak ada perubahan, doc syak maybe tulang pelvik saya kecil tapi bila doc check doc kata tulang pelvik saya ok. Tak ada masalah untuk bersalin normal. So, bincang-bincang dengan doc dia bagi lagi tempoh sampai hari selasa (17/11/15). Hari Selasa tu kalau baby tak keluar lagi baru sama-sama buat keputusan dengan doc sama ada nak cuba bersalin secara normal or melalui pembedahan. Berdebar-debar sangat rasa, macam-macam perasaan ada.

Disebabkan saya rasa macam saya lambat lagi nak bersalin, so umi saya decide nak ke rumah kakak saya di Bangi dulu hari Khamis tu. Kebetulan abang ipar memang tak ada sebab berkursus selama 4 hari, jadinya bolehlah umi saya temankan kakak saya sementara tunggu saya bersalin. Malam khamis tu hantar umi saya ke Bangi. Tinggallah saya keseorangan di rumah hari Jumaat tu. 

Hari Jumaat tu rajin kan diri kemas-kemas rumah sikit, saya dah mula bercuti seminggu sebelum due date lagi. Mula-mula ingat nak tunggu sampai bersalin baru bercuti tapi bila perut makin besar macam malas dah nak pergi kerja..hihi..bila duduk sorang-sorang rasa bosan je, tu yang rajinkan diri kemas rumah sikit-sikit. Malam tu ingat nak ikut en. suami pergi main badminton tapi malas nak mendaki naik tangga ke tingkat 4 bila balik nanti. So, en.suami pergi main badminton saya duduk di rumah je. Patutnya kalau nak bersalin kena lagi banyak bergerak tapi saya tak..hihihi.. Dalam pukul 10 lebih macam tu, tetiba saya diserang sakit kepala yang amat sangat. Cuba-cubalah tidur nak legakan sakit kepala tu tapi tak boleh nak tidur bila kepala dah sakit sangat. Whatsapp En. Suami tanya lambat lagi ke dia balik sebab nak minta dia picitkan kepala.

Bersambung... :-) :-) :-) 

Wednesday, January 20, 2016

Bekerja Semula Selepas 2 Bulan Bercuti

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru!!!

Saya baru sahaja bekerja semula beberapa hari setelah 2 bulan cuti bersalin. Fefeeling blur je masuk kerja semula ni. Masih lagi dalam mood bercuti..hehehe..

Selamat melahirkan seorang baby boy pada 14/11/2015. Patut due date 11/11/2015 tapi baby syok duduk dalam perut kita, tak nak keluar masa tarikh cantik tu. Terkilan juga sebab tak dapat tarikh cantik tapi apa yang penting baby sihat. Tak kisah keluar tarikh apa pun.

Alhamdulillah, baby dah 2 bulan sekarang..dah pandai nak borak-borak bila kita agah-agah dia. Sangat kuat menyusu dan asyik nak berkepit je dengan ibu dia..Hari pertama hantar dia kat rumah nenek dia, macam risau je takut dia meragam sebab dah biasa asyik berkepit dengan ibu dia. Rupanya baby pandai je bawa diri bila ibu dia tak ada. Memang good boy betul budak sorang ni. 


Dua tiga hari ni still relaks je lagi, tak buat kerja sangat. Bos pun tak ada nak kacau sangat, lagipun staff yang take over kerja saya masa bercuti pun ok je buat kerja. Dia settle kan segala kerja yang masih pending ketika ketiadaan saya. So, masih boleh relaks buat masa ni.

Nanti ada masa saya kongsikan entry pengalaman saya bersalin ye..tengah duk mengingatkan semula hari kejadian camne..hihi..dah bersalin banyak wayar yang terputus :-)

Jumpa lagi..

Mood : Rindu anak, terbayang-bayang wajah anak