Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 14, 2015

Cerita Syawal 1436 Saya

Assalamualaikum

Dah nak habis Syawal, baru tergedek-gedek nak taip entry pasal raya tahun ni. Tahun ni giliran beraya sebelah kampung saya di Pekan, Pahang. Mestilah terlebih excited dapat beraya dengan umi, abah dan adik-beradik saya. Semua adik-beradik berkumpul tahun ni di Pekan, Pahang. Meriah sekejap rumah tuan Sh. Ibrahim. 

Saya sampai di kampung petang raya sebab En. Suami still bekerja lagi hari khamis tu tapi nasib baik kerja separuh hari je. Disebabkan jalan yang tak jem petang raya tu, so saya dapatlah berbuka puasa ramai-ramai di kampung. Walaupun menu berbuka simple je masa hari last puasa tu tapi tetap menyelerakan. Malam raya tu, kaum lelaki bertungkus lumus bakar sate dan juga ayam bbq (request by mak buyung yang teringin nak makan ayam bbq). Time mengandung ni cakaplah apa saja nak makan, Insya Allah cepat je orang nak tunaikan permintaan kita..hihi..

Raya Pertama

Lepas solat hari raya, ziarah rumah jiran-jiran yang terdekat sebelum kitaorang bertolak ke Chenor. Kampung abah saya, menjenguk nenek sebelah abah yang masih ada, Sampai Chenor dah dekat waktu orang lelaki nak solat jumaat. So, yang lelaki terus ke masjid untuk solat Jumaat sementara yang perempuan-perempuan ni lepak kat rumah mak sedara sambil menjamu selera. Borak-borak dengan nenek. Kitaorang duduk sekejap je kat sana, selalunya kalau balik kampung abah mesti sampai malam tapi kali ni sebab ada lagi rumah yang kitaorang nak pergi terpaksalah pendekkan masa di Chenor.

Pukul 4 gerak pergi rumah mertua abang yang sulung di Jengka 17. Abah memang suka menzirah besan-besan dia kalau ada peluang. Dah kenyang makan di Jengka, kitaorang gerak pulak ke Ulu Jempol rumah mak sedara. Aktiviti makan-makan diteruskan..hihihi..Lepas Isyak bertolak dari sana, singgah pulak rumah mertua adik saya di Maran. Raya pertama tu kitaorang memang berjalan sakan sampai malam. Tahun ni banyak rumah yang saya pergi menjamu tetamu dengan juadah lemang. Selalu susah sangat nak jumpa orang jamu lemang tahun-tahun sebelum ni. Ahamdulillah, rezeki baby dalam perut teringin sangat nak makan lemang.

Ni je gambar berdua
Ber wefie sebelum bertolak ke Chenor
Apasal kami bertiga je ni yang pandang kamera?

Raya Kedua

Aktiviti raya kedua kami adik-beradik membantu abah menyediakan bahan-bahan untuk memasak kenduri untuk malam nikah. Ada orang minta abah masakkan makanan untuk 200 orang tetamu. Kadang-kadang terfikir gak kenapa buat majlis nikah masa raya, susah orang nak g beraya ke apa. Abah pun tak sampai hati nak tolak permintaan orang. Memang rezeki tapi macam tak kena masa je. 

Lepas settle siapkan bahan-bahan masakan, barulah dapat buat aktiviti nak beraya. Kami adik beradik decide nak pergi beraya rumah cikgu Bahasa Inggeris masa sekolah rendah dulu. Teacher Zakiah ni mengajar 5 orang adik-beradik saya. Teacher ni dulu masa mengajar adalah antara cikgu yang ditakuti oleh murid, cikgu yang paling garang..hihi..siapa aje yang tak pernah kena marah dengan dia masa sekolah dulu. Teacher Zakiah masih maintain cantik dari dulu..Dia kalau datang sekolah baju dia mesti sedondon dengan tudung, handbag dan kasut. Suka tengok penampilan cikgu ni. Dia cuma ingat 2 orang adik-beradik saya yang dia pernah ajar, yang lain dia tak ingat. Yelah, anak murid dia ramai, bukan seorang dua kan..

Ingatkan lepas beraya rumah Teacher Zakiah, kitaorang nak beraya rumah mak-mak sedara sebelah umi saya di Kuantan tapi tak dapat nak beraya rumah dorang sebab dorang beraya dengan nenek sebelah umi di rumah mak sedara yang paling bongsu di Kluang. Balik rumah, merehatkan diri..malam ke rumah jemputan kenduri.

Teacher Zakiah dan kami tiga beradik

Raya Ketiga 

Kami merancang ke Kuala Terengganu raya ketiga, menziarah saudara-mara belah abah dan juga keluarga angkat abah. Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi, menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur II untuk menjimatkan masa. Sebelum ke Kuala Terengganu, kami singgah dulu beraya di Kerteh rumah mertua adik saya yang paling bongsu. Singgah bersarapan di sana, kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Rasanya dah 8 tahun saya tak menjejakkan kaki saya ke Kuala Terengganu sejak saya habis belajar di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) tahun 2006. Ingat kalau sempat nak berjalan ke tempat belajar saya tapi disebabkan kekangan masa, tak dapatlah saya nak tunjuk kat En. Suami tempat saya belajar, melepak dan tinggal dulu. Berjalan ke rumah sedara mara sampai malam, kami singgah sekejap di homestay kami menyewa untuk solat Maghrib dan juga membersihkan diri. 



Raya Keempat

Bangun pagi, bersarapan, bersiap-siap pulak nak bershopping di Pasar Payang. Kami bajet nak cari kain batik, kongsi-kongsi beli dengan adik-beradik. Lagipun masa berpantang nanti nak kena pakai juga kain batikkan? Tak sempat nak ambik gambar masa kat Pasar Payang, sibuk bershopping kan..hihihi..Lepas dah penat bershopping, kami mengisi perut yang lapar di Pantai Batu Buruk sambil menghirup udara pantai. Nasib baik ada juga kedai makan yang di buka time-time raya. 

Balik semula ke homestay, solat dan packing-packing barang untuk balik. Nasib baik tuan rumah baik hati nak bagi kitaorang keluar dari sana ikut pada kami. Keluar dari homestay dalam pukul 5.00 lebih, beraya ke rumah keluarga angkat abah di Gong Kapas kemudian ke Pulau Duyung pulak. Bertolak dari Kuala Terengganu pukul 9.00 lebih sampai Pekan lebih kurang pukul 2.00 pagi. Memasing lapar masa sampai kat rumah, yelah nak makan kat LPT II tak sure ada kedai makan buka ke tak. Pukul 2.00 pagi masak maggi, dah kenyang baru boleh tidur...hahaha.. 

Payah nak dapat berkumpul macam ni selalu

Raya kelima saya dah kena balik semula ke KL sbb En. Suami dah start kena kerja keesokannya. Walaupun letih sebab beraya sakan tapi tetap rasa macam tak puas spent time dengan umi, abah dan adik-beradik. Rasa macam tak nak balik KL lagi raya kelima tu tapi apa boleh buat kita kan bersuami, kenalah ikut suami.

So, itu saja kisah raya saya tahun ni. Tahun depan Insya-Allah, maybe lagi best sebab dah ada orang baru.