Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 9, 2015

Akhirnya Daku Disahkan Hamil

Assalamualaikum

Kesian betul dengan blog saya yang terbiar lama ni, 2 bulan saya tak pedulikan dia. Keadaan saya yang mengalami alahan yang teruk tidak mengizinkan saya menjenguk ke blog sendiri. Blogwalking apatah lagi. Sungguh, tentang dunia luar saya tak ambil tahu langsung selama 2 bulan mengalami alahan yang teruk.

Kandungan saya kini telah masuk minggu ke 22, bermakna sekarang dah 5 bulan lebih. Cabaran benar rasanya untuk sampai ke minggu 22 ni. Alahan saya yang teruk memaksa saya untuk menganbil cuti tanpa gaji selama sebulan dan sebelum itu saya telah dapat MC selama sebulan selepas saya terpaksa di admit di hospital selama 4 hari 3 malam. Mujur juga pihak syarikat memahami keadaan pekerjanya. Kalau tak, tak tahulah saya macam mana saya nak bekerja dalam keadaan tak sihat.

Alhamdulillah, awal bulan 3 yang lalu saya telah disahkan hamil. Mula-mula macam tak percaya sebab masa tu baru 4 minggu. Saya belum terlewat period pun lagi masa tu tapi saya saja-saja buat test sebab hari yang sepatutnya saya period memang ada darah keluar tapi keesokannya dan hari seterusnya darah langsung tak ada. So, kawan-kawan suggest supaya buat upt test. Tak sangka pulak naik double line walaupun line yang kedua tu agak kabur. 3 hari kemudian saya buat lagi sekali test dan sama juga naik double line yang samar-samar.

Masa saya buat test yang pertama kali tu, En. Suami terus inform Dr. Marsita yang saya dah buat test dan nampak double line. Dr. Marsita suruh tunggu beberapa hari untuk buat test lagi sekali, pastu kalau boleh terus jumpa dengan dia. Lepas kerja hari Jumaat tu, saya terus ke klinik Dr. Marsita di Taman Melati. Dr scan tengok memang ada kantung walaupun tak berapa jelas, dr minta buat ujian darah untuk confirmkan sama ada saya pregnant atau tidak. Ingatkan dapat tau keputusan terus hari tu tapi kena tunggu esok lak keputusan dia..(dasar kurang kesabaran betul)..Ada juga 2 3 orang buat ujian darah sama dengan saya hari tu.

Esok petangnya, saya telefon klinik Dr. Marsita untuk mengetahui keputusan ujian darah saya. Dr. Marsita sendiri yang bagitau keputusan tersebut. Alhamdulillah, memang benar saya telah hamil untuk kali yang kedua, lebih kurang 5 bulan selepas pembedahan membuang endomentriosis dan membetulkan kedudukan rahim. Gembira ke saya?Mestilah saya gembira sebab inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh saya dan En. Suami. Kami berdua tak tunjuk sangat yang kami excited, cukuplah masing-masing tau apa yang dirasa. Selepas itu, bermulalah episod saya start muntah-muntah. Yang ni saya cerita di lain entry ye..

Sehingga berjumpa lagi..