Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 5, 2015

Berpantang Selepas Pembedahan Membuang Endometriosis

Assalamu'alaikum

Lamanya blog ni tak ber update, dah masuk tahun 2015 pun. Rasa bersalah sangat biarkan blog ni tak ber update. Dah bulan yang kelima saya selamat menjalani pembedahan membuang endometriosis. Keadaan saya makin baik dan sihat, cuma kadang-kadang ada terasa sikit ngilu pada kesan pembedahan. Dah boleh buat-buat kerja rumah seperti biasa, dah boleh berjalan laju-laju umpama angin..hihihi..tapi banyak perkara yang saya dah biasa buat tak boleh buat selepas operation. Contohnya, saya kalau mengemas rumah habis semua habuk saya sapu. Celah almari or kerusi semua saya sapu tapi sekarang mana yang ternampak dek mata je saya sapu. Bertabahlah tengok rumah macam apa je. Pengalaman berpantang selepas pembedahan membuang endometriosis ni benar-benar mencabar bagi saya. Macam berpantang selepas bersalin bezanya saya tak keluarkan baby tapi benda lain.

Seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ni, saya berpantang di rumah ibu bapa saya di Pekan. Sudah pastilah layanan yang terbaik umi saya berikan..hihihi..seronok dapat balik kampung tapi agak bosan juga sebab tak boleh nak keluar jumpa kawan-kawan, memerap je di rumah selama 2 minggu. Menu yang umi saya sediakan ketika saya berpantang sama je macam orang berpantang bersalin. Cuma menu dia tak berapa ketat macam orang pantang bersalinlah. Saya elakkan makanan yang boleh membuatkan tempat luka jadi gatal seperti ikan bilis, ikan kembung, ayam, daging dan telur. Selain tu, elakkan juga makanan yang boleh membuatkan badan berangin. Hari-harilah makan sayur sawi je..hihihi..

Pagi-pagi bangun tidur saya amalkan mengambil supplement shaklee dulu iaitu Zinc Complex untuk penyembuhan luka, kemudian selepas 2 jam saya amalkan makan madu dan juga olive oil. Madu selain untuk tenaga, madu juga berfungsi untuk penyembuhan luka. Selepas makan tengahari, barulah saya telan vitamin c shaklee, b complex dan vitalea. Alhamdulillah...berkat mengamalkan semua makanan di atas, luka cepat saja kering..Madu dan olive oil tu memang Dr. Mashita suruh amalkan, sebelum operation lagi dia dah suruh saya makan.

Ikan haruan pun kena makan juga, inilah kali pertama saya merasa makan ikan haruan..kalau tak disebabkan operation ni memang saya tak lalu nak makan ikan haruan sebab macam geli tengok badan dia..hihi..Ikan haruan yang abah saya dapat tu memang fresh dari paya. Ada orang tolong carikan. Alhamdulillah,.rezeki kami.

Selepas pembedahan elakkan angkat barang-barang berat, jangan rajin-rajinkan diri main naik tangga turun tangga ye..takut nanti tak pasal-pasal jahitan terbuka semula. Kalau boleh elakkan juga dari banyak bergerak, masa lepas operation saya memang banyak berbaring je sebab kalau duduk lama-lama terasa sakit kat tempat luka operation. Stokin pun kena pakai setiap masa untuk elakkan badan masuk angin, setiap pagi dan malam umi saya akan sapu minyak panas kat badan, tangan dan kaki saya. Hari-harilah badan berbau minyak.

Rasanya ini saja pengalam berpantang saya selepas pembedahan membuang endometriosis.. sehingga berjumpa lagi di lain entry.

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014

8 comments:

Unknown said...

Salam, saya baru seminggu menjalani pembedahan buang endometriosis.. kene pantang mcm org bersalin..cume doc x bg mkn haruan, supplement semua..doc kate biar luka slowly sembuh...lain pulak dgn puan ye..nk tanya puan buat pembedahan di mana?

Unknown said...

Maaf nk tanya... buang endomeyriosis ni maksudnya bung rahim ke

Unknown said...

Salam, buang endometriosis (sejenis cyst) bukan buang rahim. Boleh google penyakit ini. Silent killer. Saya pun baru 22 hari dalam pantang selepas surgery buang 12cm endo.

Unknown said...

Berape lama tempoh berpantang yer

Unknown said...

Salam....
Saya baru buat pembedahan buang fabroid dan buang rahim pada 5/8/2019..
Kesakitan bahagian dalam masih terasa..dan sampai hari ni saya masih berpantang..
Ummi saya kata,biar berpantang seperti wanita bersalin....
Buat pengetahuan umum,hingga hari ini,saya masih lagi makan nasi bubur,ikan bakar dan sayur berkuah.saya khuatir,jika saya tidak menjaga pemakanan saya seperti makanan berminyak,penyembuhan dalaman akan mengambil masa yang lama...
Disamping itu saya tetap mengambil supplement untuk proses penyembuhan.

Unknown said...

Sy pun mnjlni pmbedahab buang rahim jga sbb cyst..sampai hr ni msih lg berpntng

Anonymous said...

blh share cara berpantang

Unknown said...

Hi morning. Sy pn sma. Dok tak bgbmkn ikan-ikan.