Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 9, 2015

Perubahan Ketika Hamil

Assalamualaikum

Ketika mula-mula tahu yang saya pregnant memang tak ada apa-apa yang berlaku or berubah. Badan masih sihat seperti biasa, selera makan pun masih ok. Tapi masuk saja minggu ke-6 kehamilan saya mula start loya-loya dan mual. Minggu tu boleh dikira berapa hari sahaja saya ke office. Pergi office pagi, tengahari dah balik ambil half day ataupun langsung tak pergi kerja.

Bermulalah episod loya-loya dan muntah, apa sahaja yang masuk dalam tekak semuanya akan keluar semula. Sampai saya tak tau nak makan apa. Minum air kosong pun akan keluar semula, padahal sebelum ni saya suka je nak minum air kosong banyak-banyak. Bagilah asam or gula-gula berangin, konon-konon nak hilangkan rasa mual tapi nan hado, tetap juga muntah. Alahan yang teruk sehingga terpaksa bercuti selama 2 bulan. Yelah, asal bangun je pening kepala. So, duduk rumah kerjanya baring jelah.

Alahan dengan :-

1. Segala jenis sabun saya tak boleh hidu - sabun pencuci kain, mandian, pencuci pinggan. Bau-bau an sabun ni menambahkan lagi rasa loya saya. Kalau mandi, cepat-cepat saya nak bilas badan sebab tak tahan dengan bau mandian kat rumah saya tu. Sekarang alahan dengan sabun pencuci dah ok tapi still kena pilih bau yang saya boleh bau. Masa alahan En. Suami take over semua kerja-kerja rumah. Untung dapat suami yang ringan tulang.

2. Segala jenis wangian - perfume dan pewangi kereta. Saya warning awal-awal dengan En.Suami jangan pakai perfume kalau nak duduk dekat dengan saya. Dalam kereta En. Suami memang tak ada letak pewangi kereta. Balik kampung..kereta abah saya ada pewangi kereta, mujur pewangi kereta abah saya bau dia saya boleh tahan. Hanya kereta abah saya je saya boleh naik.

3. Bau nasi yang sedang ditanak - yang ni masa kat rumah saya je saya tak boleh bau nasi tengah masak, masa kat kampung saya ok je dengan bau nasi ni.

4. Handphone dan bunyi handphone - ketika alahan saya memang elakkan dari melihat handphone. Terpaksa silentkan hp sebab tak suka dengar hp berbunyi. Kalau terpaksa jawab call pun, saya cepat-cepat rasa nak putuskan panggilan. Kadang-kadang saja saya tak nak jawab call sebab tau lepas jawab call mesti saya muntah. Hp En. Suami pun saya suruh dia silent kalau dia ada kat rumah. Sekarang dah tak alahan dengan hp, dah ok.

Perubahan ketika hamil :-

1. Masa tengah mabuk kepayang, saya lebih suka pada suasana yang sunyi dan gelap. Duduk sorang-sorang kat rumah saya memang tak pasang tv or radio. Nak hilangkan bosan, duk ulang baca novel-novel yang dah pernah dibaca. Nasib baik tak ada alahan dengan buku. Masa umi saya sampai kat rumah saya pada hari yang dia datang nak bawa saya balik kampung tu, teruk saya kena bebel sebab duduk dalam gelap. Yelah, memang tak elok ibu mengandung duduk dalam gelap sebab benda-benda yang kita tak nampak ni memang suka pada janin yang masih baru kan. Mujur tak ada apa-apa yang berlaku.

2. Menjadi over sensitif dan manja dengan En. Suami - orang kata saja nak mengada-ngada, masa tengah muntah-muntah sampai menangis-menangis dengan En. Suami sebab rasa tak larat betul makan je muntah, siap tak bagi En. Suami pergi kerja, mengada-ngadakan?

Rasanya ini saja simptom-simptom yang pelik berlaku pada saya masa mengandung ni. Alhamdulillah, sekarang kandungan saya dah 35 weeks..tak lama dah nak jumpa baby. Doakan semoga segalanya dipermudahkan dan selamat.






Friday, August 14, 2015

Cerita Syawal 1436 Saya

Assalamualaikum

Dah nak habis Syawal, baru tergedek-gedek nak taip entry pasal raya tahun ni. Tahun ni giliran beraya sebelah kampung saya di Pekan, Pahang. Mestilah terlebih excited dapat beraya dengan umi, abah dan adik-beradik saya. Semua adik-beradik berkumpul tahun ni di Pekan, Pahang. Meriah sekejap rumah tuan Sh. Ibrahim. 

Saya sampai di kampung petang raya sebab En. Suami still bekerja lagi hari khamis tu tapi nasib baik kerja separuh hari je. Disebabkan jalan yang tak jem petang raya tu, so saya dapatlah berbuka puasa ramai-ramai di kampung. Walaupun menu berbuka simple je masa hari last puasa tu tapi tetap menyelerakan. Malam raya tu, kaum lelaki bertungkus lumus bakar sate dan juga ayam bbq (request by mak buyung yang teringin nak makan ayam bbq). Time mengandung ni cakaplah apa saja nak makan, Insya Allah cepat je orang nak tunaikan permintaan kita..hihi..

Raya Pertama

Lepas solat hari raya, ziarah rumah jiran-jiran yang terdekat sebelum kitaorang bertolak ke Chenor. Kampung abah saya, menjenguk nenek sebelah abah yang masih ada, Sampai Chenor dah dekat waktu orang lelaki nak solat jumaat. So, yang lelaki terus ke masjid untuk solat Jumaat sementara yang perempuan-perempuan ni lepak kat rumah mak sedara sambil menjamu selera. Borak-borak dengan nenek. Kitaorang duduk sekejap je kat sana, selalunya kalau balik kampung abah mesti sampai malam tapi kali ni sebab ada lagi rumah yang kitaorang nak pergi terpaksalah pendekkan masa di Chenor.

Pukul 4 gerak pergi rumah mertua abang yang sulung di Jengka 17. Abah memang suka menzirah besan-besan dia kalau ada peluang. Dah kenyang makan di Jengka, kitaorang gerak pulak ke Ulu Jempol rumah mak sedara. Aktiviti makan-makan diteruskan..hihihi..Lepas Isyak bertolak dari sana, singgah pulak rumah mertua adik saya di Maran. Raya pertama tu kitaorang memang berjalan sakan sampai malam. Tahun ni banyak rumah yang saya pergi menjamu tetamu dengan juadah lemang. Selalu susah sangat nak jumpa orang jamu lemang tahun-tahun sebelum ni. Ahamdulillah, rezeki baby dalam perut teringin sangat nak makan lemang.

Ni je gambar berdua
Ber wefie sebelum bertolak ke Chenor
Apasal kami bertiga je ni yang pandang kamera?

Raya Kedua

Aktiviti raya kedua kami adik-beradik membantu abah menyediakan bahan-bahan untuk memasak kenduri untuk malam nikah. Ada orang minta abah masakkan makanan untuk 200 orang tetamu. Kadang-kadang terfikir gak kenapa buat majlis nikah masa raya, susah orang nak g beraya ke apa. Abah pun tak sampai hati nak tolak permintaan orang. Memang rezeki tapi macam tak kena masa je. 

Lepas settle siapkan bahan-bahan masakan, barulah dapat buat aktiviti nak beraya. Kami adik beradik decide nak pergi beraya rumah cikgu Bahasa Inggeris masa sekolah rendah dulu. Teacher Zakiah ni mengajar 5 orang adik-beradik saya. Teacher ni dulu masa mengajar adalah antara cikgu yang ditakuti oleh murid, cikgu yang paling garang..hihi..siapa aje yang tak pernah kena marah dengan dia masa sekolah dulu. Teacher Zakiah masih maintain cantik dari dulu..Dia kalau datang sekolah baju dia mesti sedondon dengan tudung, handbag dan kasut. Suka tengok penampilan cikgu ni. Dia cuma ingat 2 orang adik-beradik saya yang dia pernah ajar, yang lain dia tak ingat. Yelah, anak murid dia ramai, bukan seorang dua kan..

Ingatkan lepas beraya rumah Teacher Zakiah, kitaorang nak beraya rumah mak-mak sedara sebelah umi saya di Kuantan tapi tak dapat nak beraya rumah dorang sebab dorang beraya dengan nenek sebelah umi di rumah mak sedara yang paling bongsu di Kluang. Balik rumah, merehatkan diri..malam ke rumah jemputan kenduri.

Teacher Zakiah dan kami tiga beradik

Raya Ketiga 

Kami merancang ke Kuala Terengganu raya ketiga, menziarah saudara-mara belah abah dan juga keluarga angkat abah. Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi, menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur II untuk menjimatkan masa. Sebelum ke Kuala Terengganu, kami singgah dulu beraya di Kerteh rumah mertua adik saya yang paling bongsu. Singgah bersarapan di sana, kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Rasanya dah 8 tahun saya tak menjejakkan kaki saya ke Kuala Terengganu sejak saya habis belajar di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) tahun 2006. Ingat kalau sempat nak berjalan ke tempat belajar saya tapi disebabkan kekangan masa, tak dapatlah saya nak tunjuk kat En. Suami tempat saya belajar, melepak dan tinggal dulu. Berjalan ke rumah sedara mara sampai malam, kami singgah sekejap di homestay kami menyewa untuk solat Maghrib dan juga membersihkan diri. 



Raya Keempat

Bangun pagi, bersarapan, bersiap-siap pulak nak bershopping di Pasar Payang. Kami bajet nak cari kain batik, kongsi-kongsi beli dengan adik-beradik. Lagipun masa berpantang nanti nak kena pakai juga kain batikkan? Tak sempat nak ambik gambar masa kat Pasar Payang, sibuk bershopping kan..hihihi..Lepas dah penat bershopping, kami mengisi perut yang lapar di Pantai Batu Buruk sambil menghirup udara pantai. Nasib baik ada juga kedai makan yang di buka time-time raya. 

Balik semula ke homestay, solat dan packing-packing barang untuk balik. Nasib baik tuan rumah baik hati nak bagi kitaorang keluar dari sana ikut pada kami. Keluar dari homestay dalam pukul 5.00 lebih, beraya ke rumah keluarga angkat abah di Gong Kapas kemudian ke Pulau Duyung pulak. Bertolak dari Kuala Terengganu pukul 9.00 lebih sampai Pekan lebih kurang pukul 2.00 pagi. Memasing lapar masa sampai kat rumah, yelah nak makan kat LPT II tak sure ada kedai makan buka ke tak. Pukul 2.00 pagi masak maggi, dah kenyang baru boleh tidur...hahaha.. 

Payah nak dapat berkumpul macam ni selalu

Raya kelima saya dah kena balik semula ke KL sbb En. Suami dah start kena kerja keesokannya. Walaupun letih sebab beraya sakan tapi tetap rasa macam tak puas spent time dengan umi, abah dan adik-beradik. Rasa macam tak nak balik KL lagi raya kelima tu tapi apa boleh buat kita kan bersuami, kenalah ikut suami.

So, itu saja kisah raya saya tahun ni. Tahun depan Insya-Allah, maybe lagi best sebab dah ada orang baru. 

Thursday, July 9, 2015

Akhirnya Daku Disahkan Hamil

Assalamualaikum

Kesian betul dengan blog saya yang terbiar lama ni, 2 bulan saya tak pedulikan dia. Keadaan saya yang mengalami alahan yang teruk tidak mengizinkan saya menjenguk ke blog sendiri. Blogwalking apatah lagi. Sungguh, tentang dunia luar saya tak ambil tahu langsung selama 2 bulan mengalami alahan yang teruk.

Kandungan saya kini telah masuk minggu ke 22, bermakna sekarang dah 5 bulan lebih. Cabaran benar rasanya untuk sampai ke minggu 22 ni. Alahan saya yang teruk memaksa saya untuk menganbil cuti tanpa gaji selama sebulan dan sebelum itu saya telah dapat MC selama sebulan selepas saya terpaksa di admit di hospital selama 4 hari 3 malam. Mujur juga pihak syarikat memahami keadaan pekerjanya. Kalau tak, tak tahulah saya macam mana saya nak bekerja dalam keadaan tak sihat.

Alhamdulillah, awal bulan 3 yang lalu saya telah disahkan hamil. Mula-mula macam tak percaya sebab masa tu baru 4 minggu. Saya belum terlewat period pun lagi masa tu tapi saya saja-saja buat test sebab hari yang sepatutnya saya period memang ada darah keluar tapi keesokannya dan hari seterusnya darah langsung tak ada. So, kawan-kawan suggest supaya buat upt test. Tak sangka pulak naik double line walaupun line yang kedua tu agak kabur. 3 hari kemudian saya buat lagi sekali test dan sama juga naik double line yang samar-samar.

Masa saya buat test yang pertama kali tu, En. Suami terus inform Dr. Marsita yang saya dah buat test dan nampak double line. Dr. Marsita suruh tunggu beberapa hari untuk buat test lagi sekali, pastu kalau boleh terus jumpa dengan dia. Lepas kerja hari Jumaat tu, saya terus ke klinik Dr. Marsita di Taman Melati. Dr scan tengok memang ada kantung walaupun tak berapa jelas, dr minta buat ujian darah untuk confirmkan sama ada saya pregnant atau tidak. Ingatkan dapat tau keputusan terus hari tu tapi kena tunggu esok lak keputusan dia..(dasar kurang kesabaran betul)..Ada juga 2 3 orang buat ujian darah sama dengan saya hari tu.

Esok petangnya, saya telefon klinik Dr. Marsita untuk mengetahui keputusan ujian darah saya. Dr. Marsita sendiri yang bagitau keputusan tersebut. Alhamdulillah, memang benar saya telah hamil untuk kali yang kedua, lebih kurang 5 bulan selepas pembedahan membuang endomentriosis dan membetulkan kedudukan rahim. Gembira ke saya?Mestilah saya gembira sebab inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh saya dan En. Suami. Kami berdua tak tunjuk sangat yang kami excited, cukuplah masing-masing tau apa yang dirasa. Selepas itu, bermulalah episod saya start muntah-muntah. Yang ni saya cerita di lain entry ye..

Sehingga berjumpa lagi.. 

Thursday, March 5, 2015

Berpantang Selepas Pembedahan Membuang Endometriosis

Assalamu'alaikum

Lamanya blog ni tak ber update, dah masuk tahun 2015 pun. Rasa bersalah sangat biarkan blog ni tak ber update. Dah bulan yang kelima saya selamat menjalani pembedahan membuang endometriosis. Keadaan saya makin baik dan sihat, cuma kadang-kadang ada terasa sikit ngilu pada kesan pembedahan. Dah boleh buat-buat kerja rumah seperti biasa, dah boleh berjalan laju-laju umpama angin..hihihi..tapi banyak perkara yang saya dah biasa buat tak boleh buat selepas operation. Contohnya, saya kalau mengemas rumah habis semua habuk saya sapu. Celah almari or kerusi semua saya sapu tapi sekarang mana yang ternampak dek mata je saya sapu. Bertabahlah tengok rumah macam apa je. Pengalaman berpantang selepas pembedahan membuang endometriosis ni benar-benar mencabar bagi saya. Macam berpantang selepas bersalin bezanya saya tak keluarkan baby tapi benda lain.

Seperti yang saya tulis dalam entry sebelum ni, saya berpantang di rumah ibu bapa saya di Pekan. Sudah pastilah layanan yang terbaik umi saya berikan..hihihi..seronok dapat balik kampung tapi agak bosan juga sebab tak boleh nak keluar jumpa kawan-kawan, memerap je di rumah selama 2 minggu. Menu yang umi saya sediakan ketika saya berpantang sama je macam orang berpantang bersalin. Cuma menu dia tak berapa ketat macam orang pantang bersalinlah. Saya elakkan makanan yang boleh membuatkan tempat luka jadi gatal seperti ikan bilis, ikan kembung, ayam, daging dan telur. Selain tu, elakkan juga makanan yang boleh membuatkan badan berangin. Hari-harilah makan sayur sawi je..hihihi..

Pagi-pagi bangun tidur saya amalkan mengambil supplement shaklee dulu iaitu Zinc Complex untuk penyembuhan luka, kemudian selepas 2 jam saya amalkan makan madu dan juga olive oil. Madu selain untuk tenaga, madu juga berfungsi untuk penyembuhan luka. Selepas makan tengahari, barulah saya telan vitamin c shaklee, b complex dan vitalea. Alhamdulillah...berkat mengamalkan semua makanan di atas, luka cepat saja kering..Madu dan olive oil tu memang Dr. Mashita suruh amalkan, sebelum operation lagi dia dah suruh saya makan.

Ikan haruan pun kena makan juga, inilah kali pertama saya merasa makan ikan haruan..kalau tak disebabkan operation ni memang saya tak lalu nak makan ikan haruan sebab macam geli tengok badan dia..hihi..Ikan haruan yang abah saya dapat tu memang fresh dari paya. Ada orang tolong carikan. Alhamdulillah,.rezeki kami.

Selepas pembedahan elakkan angkat barang-barang berat, jangan rajin-rajinkan diri main naik tangga turun tangga ye..takut nanti tak pasal-pasal jahitan terbuka semula. Kalau boleh elakkan juga dari banyak bergerak, masa lepas operation saya memang banyak berbaring je sebab kalau duduk lama-lama terasa sakit kat tempat luka operation. Stokin pun kena pakai setiap masa untuk elakkan badan masuk angin, setiap pagi dan malam umi saya akan sapu minyak panas kat badan, tangan dan kaki saya. Hari-harilah badan berbau minyak.

Rasanya ini saja pengalam berpantang saya selepas pembedahan membuang endometriosis.. sehingga berjumpa lagi di lain entry.

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014