Assalamualaikum
Setelah bersetuju untuk membuat pembedahan yang dipanggil mini-laparotomy. Pembedahan ini adalah untuk membetulkan kembali posisi rahim saya, membuang endometriosis dan fibroid kecil serta doc akan membuat D&C iaitu mencuci dan membasuh bahagian rahim serta bahagian sekitarnya dan bahagian belakang rahim dengan cecair untuk menghilangkan segala kekotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Doc juga akan periksa sama ada tiub fallapio saya tersumbat atau tidak.
Kami memilih untuk melakukan pembedahan tersebut pada 15 September 2014. Itu pun kalau boleh doc nak cepatkan lagi tarikh pembedahan sebab dia tak nak saya tunggu lama-lama. Tepat jam 00.01 pagi 15/09/2014, saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan pada pukul 8.30 pagi. Ini adalah pengalaman kedua saya tidur di hospital. Pukul 2 pagi baru saya terlelap, itupun tak dapat tidur dengan lena sebab risau dengan pembedahan yang akan dilalui.
Kami memilih untuk melakukan pembedahan tersebut pada 15 September 2014. Itu pun kalau boleh doc nak cepatkan lagi tarikh pembedahan sebab dia tak nak saya tunggu lama-lama. Tepat jam 00.01 pagi 15/09/2014, saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan pada pukul 8.30 pagi. Ini adalah pengalaman kedua saya tidur di hospital. Pukul 2 pagi baru saya terlelap, itupun tak dapat tidur dengan lena sebab risau dengan pembedahan yang akan dilalui.
Kemudian pukul 4.30 pagi, nurse datang untuk memasukkan sejenis ubat ke dalam lubang dubur untuk memudahkan proses pembuangan. Tidak sampai 1 minit saya dah terasa nak membuang, maka terganggu terus waktu tidur saya. Pukul 5, datang lagi seorang nurse untuk mengambil darah pulak. Pukul 7.00 pagi, saya siap-siap mandi dan menukar pakaian yang disediakan oleh pihak hospital untuk pesakit yang akan menjalani pembedahan. Berdebar-debar rasa ketika menunggu nurse datang untuk membawa saya ke bilik pembedahan. 8.00 pagi, saya dibawa ke bilik pembedahan. Masa ni terbayang macam dalam drama pulak. Sebelum masuk bilik bedah, nurse akan check kita ada pakai barang kemas dan contact lense atau tak. Setelah itu barulah pertukaran katil dibuat dan saya ditolak masuk ke dewan pembedahan.
Sebelum melakukan pembedahan, Dr. Mashita datang dekat saya. Baca sedikit doa, moga Allah permudahkan segalanya. Tersentuh sangat dengan cara layanan Dr. Mashita, rasa macam mak kita pulak. Kemudian doktor pakar bius masuk untuk melakukan tugasnya. Saya diberi pilihan sama ada nak bius full body ataupun separuh, kalau separuh saya tetap akan ditidurkan. Saya buat keputusan untuk dibius full body sebab saya jadi trauma dengan pengalaman pertama dicucuk bius separuh badan semasa buat D&C di HKL 2 tahun lepas.
Selepas sahaja doktor cucuk bius di tangan, saya terus tak sedarkan diri. Tak tau apa yang berlaku selepas itu. Tapi ada sesuatu yang ngeri berlaku pada saya semasa doc tengah buat operation. Saya boleh tersedar dan dapat rasa dan dengar apa yang doc tengah bualkan dengan staff dalam dewan pembedahan tu. Saya kesakitan tapi saya tak dapat nak bersuara ataupun menggerakkan anggota badan bagi menyatakan saya sedar dan dalam kesakitan. Mujur juga saya dalam keadaan macam tu hanya beberapa saat saja. Kemudian saya tak sedarkan diri semula dan hanya tersedar setelah segalanya selesai.
Pembedahan tersebut mengambil masa selama satu setengah jam. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas pembedahan adalah.."sakit"..mengadu dengan En. Suami. En.Suami bila dah tau saya habis menjalani pembedahan cepat-cepat datang jumpa saya. Pada hari tersebut saya memang minta En.Suami bekerja sebab saya tak nak ada lelaki lain yang masuk ketika saya menjalani pembedahan. Sister hanya benarkan En. Suami tolong set up kan barang saja tapi bila pembedahan dijalankan En. Suami kena tunggu di luar dewan pembedahan. Dia boleh masuk bila doc perlukan pertolongan dia sahaja. Sebenarnya En. Suami saya bekerja di bahagian bilik pembedahan di KPJ Ampang Puteri.
Setelah segalanya selesai saya ditolak ke wad. Maka jadilah saya penghuni wad selama 5 malam 4 hari. Dijaga oleh En. Suami sepanjang saya berada di dalam wad. Discharge dari wad terus En. Suami hantar saya ke kampung sebab umi dan abah saya berkeras nak saya berpantang di kampung di bawah seliaan umi saya. Dapat MC lebih kurang dalam 6 minggu, lamakan??Macam cuti bersalin dah pulak.
Lain entry saya berkongsi pulak tentang cara berpantang selepas pembedahan ye..jumpa lagi
Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014
Id : 1097014
2 comments:
UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
(cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
SMS/WASSUP 0148004302
Sis boleh tau harga operation utk betulkan rahim dan buang fibroid tu?
Post a Comment