Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2014

Kembara TTC 2 - Pembedahan Buang Endometriosis Dan Rahim Terbalik Part 2

Assalamualaikum

Setelah bersetuju untuk membuat pembedahan yang dipanggil mini-laparotomy. Pembedahan ini adalah untuk membetulkan kembali posisi rahim saya, membuang endometriosis dan fibroid kecil serta doc akan membuat D&C iaitu mencuci dan membasuh bahagian rahim serta bahagian sekitarnya dan bahagian belakang rahim dengan cecair untuk menghilangkan segala kekotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Doc juga akan periksa sama ada tiub fallapio saya tersumbat atau tidak.

Kami memilih untuk melakukan pembedahan tersebut pada 15 September 2014. Itu pun kalau boleh doc nak cepatkan lagi tarikh pembedahan sebab dia tak nak saya tunggu lama-lama. Tepat jam 00.01 pagi 15/09/2014, saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan pada pukul 8.30 pagi. Ini adalah pengalaman kedua saya tidur di hospital. Pukul 2 pagi baru saya terlelap, itupun tak dapat tidur dengan lena sebab risau dengan pembedahan yang akan dilalui. 

Kemudian pukul 4.30 pagi, nurse datang untuk memasukkan sejenis ubat ke dalam lubang dubur untuk memudahkan proses pembuangan. Tidak sampai 1 minit saya dah terasa nak membuang, maka terganggu terus waktu tidur saya. Pukul 5, datang lagi seorang nurse untuk mengambil darah pulak. Pukul 7.00 pagi, saya siap-siap mandi dan menukar pakaian yang disediakan oleh pihak hospital untuk pesakit yang akan menjalani pembedahan. Berdebar-debar rasa ketika menunggu nurse datang untuk membawa saya ke bilik pembedahan. 8.00 pagi, saya dibawa ke bilik pembedahan. Masa  ni terbayang macam dalam drama pulak. Sebelum masuk bilik bedah, nurse akan check kita ada pakai barang kemas dan contact lense atau tak. Setelah itu barulah pertukaran katil dibuat dan saya ditolak masuk ke dewan pembedahan.

Sebelum melakukan pembedahan, Dr. Mashita datang dekat saya. Baca sedikit doa, moga Allah permudahkan segalanya. Tersentuh sangat dengan cara layanan Dr. Mashita, rasa macam mak kita pulak. Kemudian doktor pakar bius masuk untuk melakukan tugasnya. Saya diberi pilihan sama ada nak bius full body ataupun separuh, kalau separuh saya tetap akan ditidurkan. Saya buat keputusan untuk dibius full body sebab saya jadi trauma dengan pengalaman pertama dicucuk bius separuh badan semasa buat D&C di HKL 2 tahun lepas.

Selepas sahaja doktor cucuk bius di tangan, saya terus tak sedarkan diri. Tak tau apa yang berlaku selepas itu. Tapi ada sesuatu yang ngeri berlaku pada saya semasa doc tengah buat operation. Saya boleh tersedar dan dapat rasa dan dengar apa yang doc tengah bualkan dengan staff dalam dewan pembedahan tu. Saya kesakitan tapi saya tak dapat nak bersuara ataupun menggerakkan anggota badan bagi menyatakan saya sedar dan dalam kesakitan. Mujur juga saya dalam keadaan macam tu hanya beberapa saat saja. Kemudian saya tak sedarkan diri semula dan hanya tersedar setelah segalanya selesai.

Pembedahan tersebut mengambil masa selama satu setengah jam. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas pembedahan adalah.."sakit"..mengadu dengan En. Suami. En.Suami bila dah tau saya habis menjalani pembedahan cepat-cepat datang jumpa saya. Pada hari tersebut saya memang minta En.Suami bekerja sebab saya tak nak ada lelaki lain yang masuk ketika saya menjalani pembedahan. Sister hanya benarkan En. Suami tolong set up kan barang saja tapi bila pembedahan dijalankan En. Suami kena tunggu di luar dewan pembedahan. Dia boleh masuk bila doc perlukan pertolongan dia sahaja. Sebenarnya En. Suami saya bekerja di bahagian bilik pembedahan di KPJ Ampang Puteri.

Setelah segalanya selesai saya ditolak ke wad. Maka jadilah saya penghuni wad selama 5 malam 4 hari. Dijaga oleh En. Suami sepanjang saya berada di dalam wad. Discharge dari wad terus En. Suami hantar saya ke kampung sebab umi dan abah saya berkeras nak saya berpantang di kampung di bawah seliaan umi saya. Dapat MC lebih kurang dalam 6 minggu, lamakan??Macam cuti bersalin dah pulak.

Lain entry saya berkongsi pulak tentang cara berpantang selepas pembedahan ye..jumpa lagi

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014



Kembara TTC 2 - Pembedahan Buang Endometriosis Dan Rahim Terbalik Part 1

Assalamualaikum

Selepas bulan 3 dan bulan seterusnya masih belum ada berita gembira buat saya dan En. Suami. Saya mula resah memikirkan kenapa saya masih belum berisi. Sementelah lagi, ramai kawan saya yang mengandung dan bersalin pada tahun ini. Kadang-kadang menangis juga saya bila terbaca status kawan-kawan yang mengandung dan bersalin di Facebook. Ubat clomid doc hanya bagi selama 3 bulan sahaja, selepas itu tak perlu lagi ambik ubat clomid. Doc suggest agar saya buat IUI sahaja setelah makan ubat clomid selama 3 bulan tapi masih belum ada result yang positif. 

Berbincang dengan En. Suami nak buat tak IUI, En. Suami tak memberikan jawapan sehingga raya hari itu En. Suami ajak berjumpa dengan doc lain di tempat kerja dia. Doc tu memang dah lama minta En. Suami bawa saya berjumpa dengan dia untuk buat pemeriksaan kesuburan. Katanya, dia sekadar ingin membantu.

21/08/14 kami buat appointment dengan doktor pakar sakit puan, Dr. Marsita. Doktor di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital. Dr. Marsita juga mempunyai sebuah klinik sakit puan (Medina Women Speciallist Centre) yang bertempat di Taman Melati. Kami berjumpa dengan Dr. Marsita di kliniknya di Taman Melati pada hari terssebut.

Masuk sahaja dalam biliknya, macam biasa doc akan tanya sejarah perkahwinan dan period kita. Setelah tu doc minta untuk scan rahim kita. Pertama kali En. Suami dapat tengok macam mana doc akan scan rahim isteri dia. Dia ingat selama ni Doc hanya scan di perut rupanya dia silap sebab selepas itu En. suami siap tanya tak sakit ke kena scan dari bawah tadi? Doc scan dari bawah untuk lihat dengan jelas keadaan rahim saya. Dan bila doc tengok je, doc bagitau yang rahim saya selama ni terbalik atau retroverted uterus. So, bila rahim terbalik automatik darah period saya tak keluar habis selama ni bila time period.

Doc scan dengan teliti, tengok apa lagi yang ada di rahim saya. Doc cakap saya ada endometriosis dan fibroid kecil.. Masa doc bagi tahu tentang rahim saya tu, saya macam blur-blur sebab tak dapat nak bayangkan bagaimana rahim terbalik tu. Lepas scan doc jelaskan kepada saya bagaimana rahim terbalik tu. siap buat lukisan supaya saya lebih jelas. Dan barulah saya tahu punca sebenar saya keguguran dulu.

Kemudian, doc suggest supaya melakukan operation untuk membetulkan semula rahim saya dan juga buang endometriosis serta fibroid. Saranan doc membuatkan saya terkedu. Tak pernah terfikir dalam fikiran pun satu hari nanti saya akan dibedah. Perkara yang paling saya ingin elakkan tapi sekarang saya perlu melaluinya jika ingin berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Setelah berfikir secara teliti dan membuat sedikit carian di google, saya bersetuju dengan saranan Dr. Marsita. Lagipun company saya menyediakan kemudahan insurans untuk pekerjanya. Saya tak perlu risau tentang pembelanjaan untuk pembedahan nanti. En, Suami juga memberi galakan kepada saya supaya buat saja pembedahan tersebut untuk kebaikan kami bersama.

Nota kaki : Terkilan dengan doc yang pertama, langsung tak dapat detect rahim saya terbalik selama ni. Sedangkan setiap kali lepas makan clomid doc akan scan untuk tengok telur.

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014