Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2014

Kembara TTC 2 - Pembedahan Buang Endometriosis Dan Rahim Terbalik Part 1

Assalamualaikum

Selepas bulan 3 dan bulan seterusnya masih belum ada berita gembira buat saya dan En. Suami. Saya mula resah memikirkan kenapa saya masih belum berisi. Sementelah lagi, ramai kawan saya yang mengandung dan bersalin pada tahun ini. Kadang-kadang menangis juga saya bila terbaca status kawan-kawan yang mengandung dan bersalin di Facebook. Ubat clomid doc hanya bagi selama 3 bulan sahaja, selepas itu tak perlu lagi ambik ubat clomid. Doc suggest agar saya buat IUI sahaja setelah makan ubat clomid selama 3 bulan tapi masih belum ada result yang positif. 

Berbincang dengan En. Suami nak buat tak IUI, En. Suami tak memberikan jawapan sehingga raya hari itu En. Suami ajak berjumpa dengan doc lain di tempat kerja dia. Doc tu memang dah lama minta En. Suami bawa saya berjumpa dengan dia untuk buat pemeriksaan kesuburan. Katanya, dia sekadar ingin membantu.

21/08/14 kami buat appointment dengan doktor pakar sakit puan, Dr. Marsita. Doktor di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital. Dr. Marsita juga mempunyai sebuah klinik sakit puan (Medina Women Speciallist Centre) yang bertempat di Taman Melati. Kami berjumpa dengan Dr. Marsita di kliniknya di Taman Melati pada hari terssebut.

Masuk sahaja dalam biliknya, macam biasa doc akan tanya sejarah perkahwinan dan period kita. Setelah tu doc minta untuk scan rahim kita. Pertama kali En. Suami dapat tengok macam mana doc akan scan rahim isteri dia. Dia ingat selama ni Doc hanya scan di perut rupanya dia silap sebab selepas itu En. suami siap tanya tak sakit ke kena scan dari bawah tadi? Doc scan dari bawah untuk lihat dengan jelas keadaan rahim saya. Dan bila doc tengok je, doc bagitau yang rahim saya selama ni terbalik atau retroverted uterus. So, bila rahim terbalik automatik darah period saya tak keluar habis selama ni bila time period.

Doc scan dengan teliti, tengok apa lagi yang ada di rahim saya. Doc cakap saya ada endometriosis dan fibroid kecil.. Masa doc bagi tahu tentang rahim saya tu, saya macam blur-blur sebab tak dapat nak bayangkan bagaimana rahim terbalik tu. Lepas scan doc jelaskan kepada saya bagaimana rahim terbalik tu. siap buat lukisan supaya saya lebih jelas. Dan barulah saya tahu punca sebenar saya keguguran dulu.

Kemudian, doc suggest supaya melakukan operation untuk membetulkan semula rahim saya dan juga buang endometriosis serta fibroid. Saranan doc membuatkan saya terkedu. Tak pernah terfikir dalam fikiran pun satu hari nanti saya akan dibedah. Perkara yang paling saya ingin elakkan tapi sekarang saya perlu melaluinya jika ingin berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Setelah berfikir secara teliti dan membuat sedikit carian di google, saya bersetuju dengan saranan Dr. Marsita. Lagipun company saya menyediakan kemudahan insurans untuk pekerjanya. Saya tak perlu risau tentang pembelanjaan untuk pembedahan nanti. En, Suami juga memberi galakan kepada saya supaya buat saja pembedahan tersebut untuk kebaikan kami bersama.

Nota kaki : Terkilan dengan doc yang pertama, langsung tak dapat detect rahim saya terbalik selama ni. Sedangkan setiap kali lepas makan clomid doc akan scan untuk tengok telur.

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014



No comments: