Dah lama nak menulis artikel berkaitan Murah Hati Ganda
Rezeki ni tapi bila mengenangkan internet yang slow, terus tak ada semangat. Ambik pakej broadband dengan Celcom, katanya unlimited tapi bila banyak kali tengok video di You Tube terus internet jadi slow giler. Tak faham betullah.
Ok, kita lupakan internet yang slow tu. Buat sakit hati je bila ingat..huhuhu..
Saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari rancangan Tanyalah Ustaz bagaimana nak murah rezeki dan mendapat keberkatan.
Kata ustaz tu, hati yang bersih dan baik
rezeki akan murah. Ini kerana, bila hati kita bersih kita akan sentiasa beringat untuk mengambil makanan yang halal dan kita jadi lagi seronok nak berkongsi dengan orang lain. Bila hati kita baik, Insya-Allah akan datanglah rezeki kita dari Allah yang berlipat ganda.
Selain itu, sentiasalah memberi ganjaran dan berbuat baik kepada ibu bapa kita. Insya-Allah, akan ada keberkatan dalam rezeki kita. Ustaz tu ada cerita tentang seorang muslim yang terkaya di Malaysia, bagaimana keberkatan
rezeki yang dia dapat sehinggakan rezekinya berganda-ganda. Pertama kali dia dapat gaji, satu sen pun dia tak ambil sebaliknya kesemua gaji pertama dia bagi kepada ibu dia sebagai hadiah. Kerana murahnya hati dia pada ibu dia, Allah gandakan rezeki dia. Bila kita tak berkira dengan ibu bapa kita, Allah pun tak akan berkira dengan kita. Seboleh-bolehnya jangan bulan ni bagi duit, bulan depan tak bagi duit. Alasannya sebab tak cukup tapi boleh pulak tukar sport rim baru..hehehe..
Yang paling penting, sentiasa buat amal soleh. Solat tepat pada waktunya, berzikir, buat amalan-amalan sunat seperti
solat dhuha dan
solat tahajjud. Kalau tengok orang dulu-dulu kenapa mereka walaupun susah tapi tetap juga mencukupi untuk memelihara anak yang ramai. Ini sebab mereka tak lupa pada Allah. Orang kita sekarang, bangun tengah-tengah malam bukan nak buat solat tahajjud tapi nak tengok bola.
Lagi satu kalau nak
bersedekah pastikan hati kita tidak ragu-ragu. Ini tak, bila ada orang minta sedekah kita bagi tapi hati kita ni ada ragu-ragu. Berfikir yang peminta sedekah ni sindiket atau tidak. Ustaz tu kata, kalau kita ragu-ragu tinggalkan dan mengubah kepada benda yang tidak ragu-ragu seperti derma terus kepada surau atau masjid.
Kesimpulannya, untuk mendapat rezeki yang berganda jangan lupa Allah, bermurah hati dengan ibu bapa,
berzakat setiap tahun dan bersedekah pada yang memerlukan. Insya-Allah, yakinlah dengan janji Allah.
Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014