Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 18, 2014

Kembara TTC 2 - Pembedahan Buang Endometriosis Dan Rahim Terbalik Part 2

Assalamualaikum

Setelah bersetuju untuk membuat pembedahan yang dipanggil mini-laparotomy. Pembedahan ini adalah untuk membetulkan kembali posisi rahim saya, membuang endometriosis dan fibroid kecil serta doc akan membuat D&C iaitu mencuci dan membasuh bahagian rahim serta bahagian sekitarnya dan bahagian belakang rahim dengan cecair untuk menghilangkan segala kekotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Doc juga akan periksa sama ada tiub fallapio saya tersumbat atau tidak.

Kami memilih untuk melakukan pembedahan tersebut pada 15 September 2014. Itu pun kalau boleh doc nak cepatkan lagi tarikh pembedahan sebab dia tak nak saya tunggu lama-lama. Tepat jam 00.01 pagi 15/09/2014, saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan pada pukul 8.30 pagi. Ini adalah pengalaman kedua saya tidur di hospital. Pukul 2 pagi baru saya terlelap, itupun tak dapat tidur dengan lena sebab risau dengan pembedahan yang akan dilalui. 

Kemudian pukul 4.30 pagi, nurse datang untuk memasukkan sejenis ubat ke dalam lubang dubur untuk memudahkan proses pembuangan. Tidak sampai 1 minit saya dah terasa nak membuang, maka terganggu terus waktu tidur saya. Pukul 5, datang lagi seorang nurse untuk mengambil darah pulak. Pukul 7.00 pagi, saya siap-siap mandi dan menukar pakaian yang disediakan oleh pihak hospital untuk pesakit yang akan menjalani pembedahan. Berdebar-debar rasa ketika menunggu nurse datang untuk membawa saya ke bilik pembedahan. 8.00 pagi, saya dibawa ke bilik pembedahan. Masa  ni terbayang macam dalam drama pulak. Sebelum masuk bilik bedah, nurse akan check kita ada pakai barang kemas dan contact lense atau tak. Setelah itu barulah pertukaran katil dibuat dan saya ditolak masuk ke dewan pembedahan.

Sebelum melakukan pembedahan, Dr. Mashita datang dekat saya. Baca sedikit doa, moga Allah permudahkan segalanya. Tersentuh sangat dengan cara layanan Dr. Mashita, rasa macam mak kita pulak. Kemudian doktor pakar bius masuk untuk melakukan tugasnya. Saya diberi pilihan sama ada nak bius full body ataupun separuh, kalau separuh saya tetap akan ditidurkan. Saya buat keputusan untuk dibius full body sebab saya jadi trauma dengan pengalaman pertama dicucuk bius separuh badan semasa buat D&C di HKL 2 tahun lepas.

Selepas sahaja doktor cucuk bius di tangan, saya terus tak sedarkan diri. Tak tau apa yang berlaku selepas itu. Tapi ada sesuatu yang ngeri berlaku pada saya semasa doc tengah buat operation. Saya boleh tersedar dan dapat rasa dan dengar apa yang doc tengah bualkan dengan staff dalam dewan pembedahan tu. Saya kesakitan tapi saya tak dapat nak bersuara ataupun menggerakkan anggota badan bagi menyatakan saya sedar dan dalam kesakitan. Mujur juga saya dalam keadaan macam tu hanya beberapa saat saja. Kemudian saya tak sedarkan diri semula dan hanya tersedar setelah segalanya selesai.

Pembedahan tersebut mengambil masa selama satu setengah jam. Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas pembedahan adalah.."sakit"..mengadu dengan En. Suami. En.Suami bila dah tau saya habis menjalani pembedahan cepat-cepat datang jumpa saya. Pada hari tersebut saya memang minta En.Suami bekerja sebab saya tak nak ada lelaki lain yang masuk ketika saya menjalani pembedahan. Sister hanya benarkan En. Suami tolong set up kan barang saja tapi bila pembedahan dijalankan En. Suami kena tunggu di luar dewan pembedahan. Dia boleh masuk bila doc perlukan pertolongan dia sahaja. Sebenarnya En. Suami saya bekerja di bahagian bilik pembedahan di KPJ Ampang Puteri.

Setelah segalanya selesai saya ditolak ke wad. Maka jadilah saya penghuni wad selama 5 malam 4 hari. Dijaga oleh En. Suami sepanjang saya berada di dalam wad. Discharge dari wad terus En. Suami hantar saya ke kampung sebab umi dan abah saya berkeras nak saya berpantang di kampung di bawah seliaan umi saya. Dapat MC lebih kurang dalam 6 minggu, lamakan??Macam cuti bersalin dah pulak.

Lain entry saya berkongsi pulak tentang cara berpantang selepas pembedahan ye..jumpa lagi

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014



Kembara TTC 2 - Pembedahan Buang Endometriosis Dan Rahim Terbalik Part 1

Assalamualaikum

Selepas bulan 3 dan bulan seterusnya masih belum ada berita gembira buat saya dan En. Suami. Saya mula resah memikirkan kenapa saya masih belum berisi. Sementelah lagi, ramai kawan saya yang mengandung dan bersalin pada tahun ini. Kadang-kadang menangis juga saya bila terbaca status kawan-kawan yang mengandung dan bersalin di Facebook. Ubat clomid doc hanya bagi selama 3 bulan sahaja, selepas itu tak perlu lagi ambik ubat clomid. Doc suggest agar saya buat IUI sahaja setelah makan ubat clomid selama 3 bulan tapi masih belum ada result yang positif. 

Berbincang dengan En. Suami nak buat tak IUI, En. Suami tak memberikan jawapan sehingga raya hari itu En. Suami ajak berjumpa dengan doc lain di tempat kerja dia. Doc tu memang dah lama minta En. Suami bawa saya berjumpa dengan dia untuk buat pemeriksaan kesuburan. Katanya, dia sekadar ingin membantu.

21/08/14 kami buat appointment dengan doktor pakar sakit puan, Dr. Marsita. Doktor di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital. Dr. Marsita juga mempunyai sebuah klinik sakit puan (Medina Women Speciallist Centre) yang bertempat di Taman Melati. Kami berjumpa dengan Dr. Marsita di kliniknya di Taman Melati pada hari terssebut.

Masuk sahaja dalam biliknya, macam biasa doc akan tanya sejarah perkahwinan dan period kita. Setelah tu doc minta untuk scan rahim kita. Pertama kali En. Suami dapat tengok macam mana doc akan scan rahim isteri dia. Dia ingat selama ni Doc hanya scan di perut rupanya dia silap sebab selepas itu En. suami siap tanya tak sakit ke kena scan dari bawah tadi? Doc scan dari bawah untuk lihat dengan jelas keadaan rahim saya. Dan bila doc tengok je, doc bagitau yang rahim saya selama ni terbalik atau retroverted uterus. So, bila rahim terbalik automatik darah period saya tak keluar habis selama ni bila time period.

Doc scan dengan teliti, tengok apa lagi yang ada di rahim saya. Doc cakap saya ada endometriosis dan fibroid kecil.. Masa doc bagi tahu tentang rahim saya tu, saya macam blur-blur sebab tak dapat nak bayangkan bagaimana rahim terbalik tu. Lepas scan doc jelaskan kepada saya bagaimana rahim terbalik tu. siap buat lukisan supaya saya lebih jelas. Dan barulah saya tahu punca sebenar saya keguguran dulu.

Kemudian, doc suggest supaya melakukan operation untuk membetulkan semula rahim saya dan juga buang endometriosis serta fibroid. Saranan doc membuatkan saya terkedu. Tak pernah terfikir dalam fikiran pun satu hari nanti saya akan dibedah. Perkara yang paling saya ingin elakkan tapi sekarang saya perlu melaluinya jika ingin berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Setelah berfikir secara teliti dan membuat sedikit carian di google, saya bersetuju dengan saranan Dr. Marsita. Lagipun company saya menyediakan kemudahan insurans untuk pekerjanya. Saya tak perlu risau tentang pembelanjaan untuk pembedahan nanti. En, Suami juga memberi galakan kepada saya supaya buat saja pembedahan tersebut untuk kebaikan kami bersama.

Nota kaki : Terkilan dengan doc yang pertama, langsung tak dapat detect rahim saya terbalik selama ni. Sedangkan setiap kali lepas makan clomid doc akan scan untuk tengok telur.

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014



Sunday, September 7, 2014

Benarkah Shaklee Collagen Powder Mampu Membuatkan Kulit kelihatan Sihat Dan Cantik?

Assalamualaikum

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Ramai wanita yang sanggup berhabis untuk kekal cantik dan menarik. Tapi untuk kekal cantik dan menarik, bukan sahaja luaran malahan dalaman juga perlu dijaga dan kolagen adalah sangat penting untuk badan kita. Untuk pengetahuan, badan kita akan kehilangan kolagen dari badan setiap hari dalam 1,000 - 4,000 mg sehari. Pengurangan kolagen ini akan menyebabkan kulit kita menjadi kedut dan kendur. Selain itu, pancaran cahaya matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, rokok dan lain-lain juga boleh menjadi faktor kepada kerosakan kolagen. Justeru itu, benarkan Shaklee Collagen Powder mampu membuat kulit menjadi cantik dan sihat?

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, memberikan sumber kolagen yang premium tahan lasak dan membekalkan kolagen RSS (sisik ikan merah) sebanyak 4,000 mg. Shaklee Collagen Powder adalah sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sistesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Kebaikan kolagen untuk badan :-

  • Anti penuaan - menghilangkan tanda penuaan
  • Mengembalikan keanjalan dan menegangkan kulit
  • Melembapkan kulit - kulit menjadi kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik
  • Meningkatkan pergerakan 
  • Membantu menguatkan rambut dan menyuburkan pertumbuhan semula
  • Mencerahkan kulit

Sumber : En. Google

Fungsi utama ramuan dalam Shaklee Collagen Powder :-
  • Kolagen dari sisik ikan merah - Sisik ikan merah adalah sumebr utama kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
  • Ekstrak biji Camellia japonica - Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfafia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
  • Elastin from kolagen ikan - Elastin memelihara kulit manjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalm sel
  • Ekstrak kekerang - Glucosamine ekstark kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
  • Lactobacillus acidophilus - Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen
Ujian klinikal yang dijalan telah membuktikan rupa kulit manusia meningkat 71% selepas mengambil Shaklee Collagen Powder secara berterusan selama 8 minggu. Anda juga pasti akan berpuas hati dengan keputusannya. 

Nota kaki : Pengedar Sah Shaklee area Wangsa Maju, Keramat, Gombak 

Thursday, August 14, 2014

Ceritera Syawal 2014 Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mencari mood untuk menulis entry tentang sambutan syawal tahun ni. Seminggu hari raya tak sempat langsung untuk menjengah blog ni. Minggu lepas pulak ku sibuk berkursus tentang Good Service Tax (GST), akan bercelarulah kepala otak ku bila GST dah berkuatkuasa nanti. Orang lain dah lama ada entry raya, daku baru terkedek-kedek nak taip.

Tahun ni saya tak perlu pening kepala memikir tentang mengadap jem waktu balik kampung kerana tahun ni giliran kami beraya di Kuala Lumpur. Tahun ni terasa macam sibuk sikit masa sehari sebelum raya sebab kami laki bini bersemangat kemas rumah kecil kami untuk sambut raya. Sapu segala habuk dan sawang yang bermaharajalela di siling rumah. Belum habis kemas rumah, petang tu MIL telefon minta bawa dia pergi beli ayam dan bahan-bahan untuk buat rendang sebagai juadah untuk esok. Terbengkalai segala kerja kami, confirm tengah malam baru boleh balik ke rumah. 

So, pagi raya tu rumah kami agak bersepah dengan barang-barang yang tak sempat dikemas semalam. Akhirnya raya ketiga baru dapat settle semua barang-barang yang bersepah tu. Raya pertama dan kedua sibuk bawa MIL ke rumah sedara-mara dia. Bukan banyak pun rumah yang kami pergi tapi biasalah bila dah lama tak berjumpa macam-macam cerita yang keluar. Tahun ni merupakan tahun pertama dapat berkumpul dengan semua adik-beradik En. Suami, itu pun raya kedua baru cukup korum.


Dah tak pakai baju melayu

Dalam gambar ni suami dan anak-anak SIL yang pertama tak ada, mereka balik beraya kat kampung tanpa ibu mereka sebab SIL kena kerja raya pertama dan kedua. Lagipun memang giliran balik beraya kat kampung suami SIL tahun ni. 

En. Suami dengan adik-adik dia

Harus letak gambar tuan tanah :-)

Tahun ni tiada keinginan langsung untuk ke Jalan TAR or Chow Kit masa malam raya. Tahun ni saya jadi menantu yang mithali, tolong MIL masak untuk juadah pagi raya..hehehe..macam biasa juadah MIL untuk hari raya ialah ketupat segera, rendang ayam dan kuah kacang. En. Suami raya ketiga dah bekerja, so daku hanya melepak-lepak saja di rumah sambil settlekan rumah yang bersepah. Raya keempat lepas En. Suami habis kerja, kami berangkat pulang ke Pekan. Haruslah seronok dapat balik kampung sendiri. 







Friday, July 25, 2014

Bisnes Shaklee Yang Sangat Mesra Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wah, rasa best sangat sebab bila dah tau cara yang betul buat blog. Semangat untuk berblog tu makin berkobar-kobar. Hari Ahad 20/07/14 yang lepas sempat menghadiri kelas Search Engine Optimization (SEO) blog anjuran group shaklee saya di Jalan Reko Kajang. Tak rugi jadi ahli shaklee di bawah group ini. Segalanya diberi tunjuk ajar secara percuma untuk buat bisnes shaklee. Kalau di luar pastinya ribuan ringgit perlu dilaburkan untuk belajar buat Blog dan SEO sahaja. Sekarang, apa-apa saja bisnes boleh buat secara online dan offline. Kalau bisnes secara online, salah satunya adalah buat blog. Untuk membuat blog, sudah pastilah kita memerlukan ilmu agar blog kita senang dikenali.

Search Engine Optimization (SEO)

Selain itu, kami juga ada membuat kelas bisnes shaklee secara online. Tersangatlah mudah bagi kami untuk menuntut ilmu, hanya memerlukan handphone/laptop dan internet sahaja untuk mencari ilmu tanpa perlu keluar rumah. Memudahkan juga golongan-golongan ibu untuk belajar tanpa perlu mengabaikan anak-anak. Bisnes Shaklee ni adalah bisnes yang sangat mesra keluarga. Anda boleh membawa bersama anak-anak anda serta suami ke kelas anjuran group Shaklee. Tak perlu berfikir lagi mana nak letak anak-anak ketika menghadiri kelas.

Ibu-ibu comel yang menghadiri kelas tempoh hari

Antara kelas yang dianjurkan oleh group shaklee saya adalah :-

  1. Kelas Blogging Basic
  2. Kelas Blogging Advanced
  3. Search Engine Optimiztion (SEO)
  4. Search Engine Marketing (SEM)
  5. FB Ads Marketing
  6. Template-template Bisnes Yang Menarik
  7. Soft Selling Skill
  8. Group Mentoring & Monitoring
  9. Kelas Webinar (Meeting Secara Virtual)

Pengurusan Shaklee sendiri juga menyediakan beberapa kelas untuk distributors shaklee menimba ilmu, antaranya :-

1. Bengkel Nutrisi - RM40
2. New Distributor Training (NDT) - RM40
3. Health & Wellness Talk - Free
4. Business Opportunity Meeting (BOM)

Sangat bestkan menjadi distributor shaklee, ada kelas yang berbayar dan ada juga kelas tidak berbayar. Hanya perlu melabur sebanyak RM40 sahaja untuk menghadiri kelas. Kami juga ada group facebook dan whatsapp untuk saling membantu antara satu sama lain. Anda pasti tak menyesal mendaftar sebagai ahli dalam group kami.

Berminat untuk sama-sama berbisnes shaklee dan mencari pendapatan selain dari makan gaji?Boleh whatsapp or sms 012-9221629. Sama-sama kita mencapai impian kita dan insya-Allah, bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak berbelah-bahagi akan diberikan.

Jumpa lagi di lain entry.



Monday, July 14, 2014

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kerana masih berpeluang bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia. Masih diberi kesempatan untuk memperbanyakan amalan di bulan yang mulia ni. Lama juga dah tak menulis kat sini, target nak selalu dapat menulis entry ni memang susah betul nak buat.

Tahun ni berazam nak memasak untuk menu berbuka daripada membeli di pasar ramadhan. Yelah, kadang-kadang bukan sedap sangat pun masakan kt pasar ramadhan tu. Mahal pulak tu, setakat nak beli kuih-muih tu ok lagi lah kat pasar ramadhan.

Sekejap saja dah masuk hari yang ke-16 Ramadhan. Tinggal lagi 14 hari bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Minggu pertama saya berjaya memasak di rumah untuk menu berbuka, minggu kedua puasa belum dapat memasak lagi sebab hari-hari berbuka kat rumah MIL. Lagipun, en.suami bekerja masuk petang balik malam. Nak berbuka seorang diri di rumah memang tak best. Mujurlah rumah MIL tak berapa jauh dengan saya. Boleh juga menumpang berbuka bersama. Minggu ni Insya-Allah, saya berkesempatan untuk memasak untuk en. suami.

Hari Sabtu minggu pertama puasa, saya berpeluang berbuka puasa bersama dengan keluarga di kampung. Meriah sangat sebab adik-beradik berkumpul kecuali adik saya yang berada di Sabah sahaja yang tiada. Akhirnya dapat juga merasa keladi masak asam rebus dari mak saya. Dah lama saya mengidam tau keladi masak asam rebus ni, dari tahun 2012 lagi saya mengidam..huhu..Yang paling best sekali kalau berbuka puasa di kampung ialah murtabak. Rasa lain sangat murtabak di KL dengan di Pahang. Saiz pun lain dan tentulah harga pun mahal sikit tapi tak apa sebab berbaloi dengan kesedapannya.

Murtabak orang Pahang

Tahun ni saya percubaan pertama saya berpuasa dengan supplement Shaklee, waktu sahur minum ESP Shaklee, Mealshakes dan Performance Drink serta buah kurma. Sejak amalkan produk ni, saya still bertenaga sehingga ke petang. Rasa lapar pun tak berapa sangat. Masa balik kampung tempoh hari, saya berkejar ke sana sini. Sampai saja kampung, terus tolong umi sedia bahan memasak. Lepas tu berkejar pulak ke rumah kawan melawat anak dia yang baru lahir, kemudian ke kebun keluarga kami mengutip durian yang gugur, balik dari kebun tolong umi memasak dan buat persediaan berbuka. Saya masih lagi bertenaga dan saya sendiri hairan dari mana saya dapat tenaga luar biasa ni..hehehe..Kalau dulu, bila banyak sangat guna tenaga masa bulan puasa mesti nak dekat berbuka saya dah flat.

So, lepas ni bila bulan puasa je memang dah kena prepare siap-siap 3 produk ni. Kanak-kanak yang berpuasa pun kita boleh bagi dia minum produk ni. Budak-budakkan walaupun bulan puasa still aktif. Performance drink dan mealshakes sangat sesuai untuk mereka. 

Oklah, saya rasa macam dah panjang sangat entry ni. Entah ada yang sudi membaca ke tidak entry saya ni. Nanti saya review lagi details ye pasal 3 produk ni.


P/s dah banyak hari entry ni duduk dalam kotak draft, akhirnya hari ni dapat juga saya publish.
















Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar pendidik. Kerjaya korang sangat murni. Bukan senang nak bergelar pendidik, lebih-lebih lagi sekarang di mana guru-guru terpaksa lebih bersabar melayan kerenah anak murid dan juga ibu bapa.

Ibu bapa dulu-dulu kalau anak kena rotan dengan cikgu, mereka tak kisah tapi ibu bapa sekarang, anak-anak mereka tak boleh dirotan, dihukum. Silap-silap datang sekolah serang cikgu.

Saya sangat salute pada kawan-kawan yang bergelar pendidik. Mereka memang power. Bukan senang nak mengajar anak murid. Apatah lagi cikgu sekarang terbeban dengan tugas yang banyak. 

Saya rindu sangat dengan seorang cikgu saya masa sekolah rendah. Cikgu yang paling baik dengan saya, Cikgu Noriah. Tak tau sama ada cikgu tu masa mengajar atau dah pencen. Lepas naik sekolah menengah terus lost contact dengan cikgu tu. Maklumlah dulu mana ada hp nak minta no. telefon. Harap-harap suatu hari nanti Allah pertemukan saya dengan dia.


Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014






Thursday, May 15, 2014

Murah Hati Ganda Rezeki

Assalamualaikum

Dah lama nak menulis artikel berkaitan Murah Hati Ganda Rezeki ni tapi bila mengenangkan internet yang slow, terus tak ada semangat. Ambik pakej broadband dengan Celcom, katanya unlimited tapi bila banyak kali tengok video di You Tube terus internet jadi slow giler. Tak faham betullah.

Ok, kita lupakan internet yang slow tu. Buat sakit hati je bila ingat..huhuhu..

Saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari rancangan Tanyalah Ustaz bagaimana nak murah rezeki dan mendapat keberkatan.

Kata ustaz tu, hati yang bersih dan baik rezeki akan murah. Ini kerana, bila hati kita bersih kita akan sentiasa beringat untuk mengambil makanan yang halal dan kita jadi lagi seronok nak berkongsi dengan orang lain. Bila hati kita baik, Insya-Allah akan datanglah rezeki kita dari Allah yang berlipat ganda.

Selain itu, sentiasalah memberi ganjaran dan berbuat baik kepada ibu bapa kita. Insya-Allah, akan ada keberkatan dalam rezeki kita. Ustaz tu ada cerita tentang seorang muslim yang terkaya di Malaysia, bagaimana keberkatan rezeki yang dia dapat sehinggakan rezekinya berganda-ganda. Pertama kali dia dapat gaji, satu sen pun dia tak ambil sebaliknya kesemua gaji pertama dia bagi kepada ibu dia sebagai hadiah. Kerana murahnya hati dia pada ibu dia, Allah gandakan rezeki dia. Bila kita tak berkira dengan ibu bapa kita, Allah pun tak akan berkira dengan kita. Seboleh-bolehnya jangan bulan ni bagi duit, bulan depan tak bagi duit. Alasannya sebab tak cukup tapi boleh pulak tukar sport rim baru..hehehe..

Yang paling penting, sentiasa buat amal soleh. Solat tepat pada waktunya, berzikir, buat amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan solat tahajjud. Kalau tengok orang dulu-dulu kenapa mereka walaupun susah tapi tetap juga mencukupi untuk memelihara anak yang ramai. Ini sebab mereka tak lupa pada Allah. Orang kita sekarang, bangun tengah-tengah malam bukan nak buat solat tahajjud tapi nak tengok bola.

Lagi satu kalau nak bersedekah pastikan hati kita tidak ragu-ragu. Ini tak, bila ada orang minta sedekah kita bagi tapi hati kita ni ada ragu-ragu. Berfikir yang peminta sedekah ni sindiket atau tidak. Ustaz tu kata, kalau kita ragu-ragu tinggalkan dan mengubah kepada benda yang tidak ragu-ragu seperti derma terus kepada surau atau masjid.

Kesimpulannya, untuk mendapat rezeki yang berganda jangan lupa Allah, bermurah hati dengan ibu bapa, berzakat setiap tahun dan bersedekah pada yang memerlukan. Insya-Allah, yakinlah dengan janji Allah.

Berminat nak beli barangan Shaklee dengan saya? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014







Wednesday, April 16, 2014

Keistimewaan Energizing Soy Protein (ESP)

Assalamualaikum

Hari ni saya nak tunaikan janji berkaitan dengan entry Energizing Soy Protein (ESP). Seperti entry yang lepas di sini, saya janji nak terangkan fungsi setiap supplement Shaklee yang saya amalkan. Hari ni saya bercerita dulu tentang ESP. Entry tentang B-complex dan juga Vita Lea kita simpan dulu.

Energizing Soy Protein (ESP) ni dihasilkan daripada kacang soya yang hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap satu tin Energizing Soy Protein (850g) ini dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. turut diperkayakan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP)
  • Protein merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepda hormon manusia. 
  • Menyihatkan jantung kerana dalam setiap hidangan Energizing Soy Protein mengandungi 14 gram protein kacang soya. 
  • Membekalkan 50% keperluan kalsium dalam setiap hidangan untuk menyokong pertumbuhan tulang yang kuat.
  • Mengandungi kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan simptom menopaus. 
  • Indeks glisemik (G.I) yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam badan, menjadikan Energizing Soy Protein sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.
  • Satu hidangan Energizing Soy Protein bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda terlur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiasa asid uric, dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Manfaat Utama ESP
  • Awet muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya pengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel sebelum ia menukar sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsonia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan. Ini dikenali sebagai asid-amino tidak perlu. Manakala asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dekenali sebagai asid-amino perlu. Shakle menyediakan semua asid-amino perlu tersebut.

Tidak rugi rasanya membeli ESP ni kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi melaluinya. Satu canister ESP boleh bertahan lebih kurang selama sebulan setengah.

Berminat? Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan
syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014


p/s dah dua bulan dapat bonus dari Shaklee, walaupun beli untuk makan sendiri sahaja mula-mula. 





Saturday, April 12, 2014

Hidup Berjiran

Assalamualaikum

Dua hari lepas dah selesai basuh baju dan sidai baju, tetiba ada orang ketuk pintu rumah. Jiran tingkat bawah datang bagitau air baju yang disidai masuk dalam balkoni belakang dia. Aduhh..masuk ni dah 3x dia datang rumah ku marah sebab air masuk kat balkoni belakang dan terkena baju yang dia dah basuh. Dah lama dia tak datang sini, dua hari lepas dia muncul pulak.

Kali pertama dan kedua saya memang admit saya punya salah sebab terlupa nak letak saluran air mesin keluar di tempat yang sepatutnya. Memang minta maaf pada jiran tu tapi kali ketiga ni rasanya bukan salah saya. Untuk pakaian dalam, saya memang tak suka basuh dengan mesin. Lebih suka basuh dengan tangan. Rasanya tangan ni sakit-sakit dah sebab perah kain kuat sangat tapi still juga ada air yang menitik dari pakaian yang dibasuh. Tak sangka pulak air tu boleh masuk sampai ke tingkat bawah. 

Untuk pengetahuan semua, rumah jiran tingkat bawah ni tak ada awning. Kalau boleh tak nak cari pasal dengan jiran-jiran tapi kalau dah sampai kita sendiri tak boleh nak sidai baju dan terpaksa pulak berkorban dengan basuh semua baju yang ada dengan mesin basuh supaya tak ada lagi air yang akan menitik ke dalam balkoni dia, itu rasanya dah melampau sangat. Setiap kali dia basuh kain je, mesti ada kes air masuk dalam balkoni dia..huhu..Kalau sidai kat luar dari balkoni tu lagilah air yang menitik dari kain tu tempias kena kain dia sebab rumah bawah dia ada pasang awning.

Selalu saya je yang bercakap dengan jiran tu masa dia datang tapi semalam En. Suami saya take over. En. Suami saya cakap kalau tak nak air masuk dalam balkoni dia, pasanglah awning. Takkanlah orang saja nak mengalah dengan awak. Memang marah betul En. Suami malam tu. Dahlah nak kena kejar basuh kain dalam 2 hari sebab catuan air. Disuruhnya kita saja buat sesuatu, dia tak perlu buat apa-apa untuk mengelakkan air masuk dalam balkoni dia.

Kadang-kadang jiran tingkat atas pun kalau basuh kain mesti ada air masuk dalam balkoni kitaorang. Ada je masanya memang terkena baju yang kitaorang sidai tapi tak adalah pulak nak pergi serang rumah jiran atas. Setakat sikit je yang kena, kita berkompromi saja lah. Lagipun, nanti kering juga semula. Malas nak gaduh-gaduh.

Tapi itulah, lain orang lain ragamnya. Harap-harap lepas ni jiran tu tak ada nak meroyan lagi naik atas setiap kali kitaorang sidai kain. Tak tau nak buat cara apa lagi supaya air tak masuk dalam balkoni dia.

Sesiapa berminat nak dapatkan barangan Shaklee dengan saya, boleh hubungi saya. Jangan segan-segan tau.

syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014

Saturday, April 5, 2014

Kenapa Kalsium Penting Untuk Ibu Mengandung?

Assalamualaikum

Apa khabar semua?Dah seminggu lebih tak ada entry baru ni. Hari ni saya nak share tentang kepentingan kalsium bagi ibu-ibu mengandung. Kita hold dulu entry pasal esp, vita-lea dan b-complex. Yang tu saya cerita lain kali..

Kalsium adalah satu mineral yang sangat penting untuk tubuh badan kita bagi mengekalkan tulang yang kuat dan gigi yang sihat. Kalsium memegang peranan paling penting untuk keseimbangan tubuh dan kesihatan badan. 99% kalsium terdapat di dalam tulang dan juga gigi. Ibu mengandung memerlukan lebih kurang 1100mg kalsium untuk tubuh badan mereka ketika mengandung untuk memastikan bayi mereka mendapat kalsium yang secukupnya.

Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung bayi mereka juga memerlukan kalsium untuk membesar. Bayi mereka akan mengambil kalsium yang sedia ada dari ibu mereka untuk tumbesaran terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Sekiranya, ibu mengandung kekurangan kalsium untuk keperluan diri maka akan terjadilah kejang kaki, sakit pinggang, kebas-kebas dan juga gusi berdarah ketika hamil. Mereka juga berisiko menghidap osteoporosis dan kehilangan gigi di usia muda. Kegagalan menggantikan kalsium ketika mengandung juga boleh  menyebabkan sakit tumit setelah melahirkan. Masalah kekejangan sewaktu proses bersalin boleh dielakkan sekiranya mengambil kalsium yang secukupnya.

Untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya, ibu mengandung dinasihatkan untuk banyak meminum susu serta mengambil produk tenusu seperti bijiran dan keju. Terdapat sesetengah ibu mengandung tidak lalu untuk meminum susu kerana mual dan tidak suka langsung minum susu walaupun tidak mengandung. Oleh itu untuk menambahkan klasium, ibu mengandung bolehlah mengambil supplement tambahan seperti Ostematrix keluaran dari Shaklee.

Ostematrix kandungan kalsiumnya paling seimbang memastikan kadar penyerapan adalah 99%. Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

Empat tablet Ostematrix mampu memberikan 1000mg keperluan kalsium. Ostematrix mampu memperbaiki semula kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis serta menguatkan tulang. Ostematrix menjadi pilihan kerana terdapat Vitamin D dan Magnesium di dalamnya. Ini kerana, Vitamin D penting untuk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif.

Selain itu, Ostematrix juga mampu meringankan stress dan mengimbangi tekanan darah serta menggalakkan ibu mengandung mendapat tidur yang selesa. Hal ini kerana, ketika mengandung ibu mengandung dinasihatkan untuk mendapat rehat yang secukupnya untuk memastikan bayi dalam keadaan yang sihat. Dengan Ostematrix anda mampu untuk tidur lena kerana tiada masalah sakit pinggang dan kekejangan .lagi. Insya-Allah.



Ada yang berminat?Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian. Tak rugi untuk beli Ostematrix ni. Lepas bersalin pun Ostematrix ni boleh diambil.

syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014

Saturday, March 22, 2014

Ku Terjebak Jua

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita...

Tajuk entry tak boleh blah..hehehe..Entry kali ni saya nak review tentang produk Shaklee yang saya dah guna selama 2 bulan lebih ni. Berkongsi kebaikan bersama apa salahnya kan?

Mula-mula dulu ingat nak beli B-complex saja dari kawan yang jual barangan shaklee sebab doc suruh makan. Alih-alih saya terjebak juga beli Vita-Lea & Energizing Soy Protein (ESP) sekali. Nasib masa tu baru dapat bonus. So bolehlah beli barang lain juga..hehehe..Makan ESP tu sebab nak kurus kononnya tapi sebenarnya nak kurus dengan produk Shaklee kena beli supplemen lain juga (Lecithin & Alfafa). Sejak makan ESP, Vita-lea dan B-complex badan rasa sentiasa cergas dan tak mudah letih lagi. Dan yang paling ketara kulit jadi lembut dan glowing. 


Tengoklah perbezaan gambar antara sebelum dan selepas. Masa ni baru sebulan lebih minum ESP. Teruja betul tengok hasil macam ni. Masa ni muka saya memang tak ada secalit bedak pun. Barulah tau betapa produk shaklee ni bagus. Selain dari menjaga kesihatan, boleh juga buatkan muka kita jadi cantik..hehehe..Kalau nak tau b-complex fungsi dia juga sebagai anti stress. kalau ada ibu-ibu mengandung yang hb dia rendah, boleh makan vita-lea untuk naikkan semula hb.



Disebabkan saya dah suka dengan produk shaklee ni, so saya buat keputusan untuk jadi ahli shaklee. Sesiapa yang berminat nak beli barangan shaklee bolehlah hubungi saya. Insya-Allah, saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik..chewah..

Nanti saya akan ceritakan setiap fungsi produk yang saya dah pakai ni. Jumpa lagi ye..

syakila 012-9221629
pm/sms/whatsapp
akilla.sh@gmail.com
Id : 1097014

p/s dah lama giler draft entry ni, baru hari ni dapat publish..sangat teruk..hehehe..

Thursday, March 6, 2014

Kembara TTC

Assalamualaikum..

Makin rajin nak menulis entry tahun ni. Hari ni saya nak lunaskan janji saya tentang entry berkaitan kembara ttc saya yang pernah saya janjikan dalam entry sebelum ni di sini. Langkah pertama yang saya ambik adalah berjumpa dengan doktor gynae untuk mengetahui sama ada saya ada masalah apa-apa tak untuk mengandung. Mula-mula doc buat ujian pap smear dulu, kemudian dia akan tanya sama ada period normal ke tak. Macam saya, tiap-tiap bulan period datang tapi selepas keguguran period akan datang pada hari yang ke-22, kadang-kadang hari ke 23 pastu stop 2 3 hari baru period keluar banyak.  Sebelum keguguran, selalunya hari yang ke-26 or 28 baru period dan period keluar banyak terus. 

Lepas tu doc suruh ambik darah untuk buat ujian hormon, dinasihatkan untuk ambik darah semasa tengah period. Kebetulan saya masa tu period hari pertama, so tak perlu nak ulang banyak kali pergi hospital. Dapat result dari doc, barulah tahu yang hormon saya tak berapa ok. Sekiranya mengandung, risiko untuk keguguran lagi sekali sangatlah tinggi. Doc ada sebut jenis hormon tu tapi tak berapa masuk dalam kepala sebab payah benar nak menyebutnya..hihihi..Rasa down juga bila doc bagitau result macam tu tapi rasa bersyukur juga sebab saya tak ada masalah lain. Ujian pap smear pun ok. 

So, doc bekalkan 2 jenis ubat untuk stabilkan semula hormon saya. Satu progyluton, satu lagi dah tak ingat sebab lupa nak ambik gambar botol ubat tu dan dah buang pun botol tu...huhu..Progyluton makan untuk 2 minggu, satu lagi ubat makan untuk sebulan. Selain tu, doc suruh makan asid folic sekali dan doc sendiri yang syorkan agar makan b-complex from shaklee. Dalam b-complex ni ada asid folic. Bila period lagi sekali, barulah doc akan bagi ubat kesuburan ataupun clomid. 

Sumber gambar dari google


Sepatutnya dari bulan 11 lagi saya kena makan ubat kesuburan tapi sebab ada sikit salah faham, saya kena makan semula ubat hormon sekali lagi start dari bulan 1. Bila period lagi sekali kena jumpa doc ambik ubat kesuburan, makan untuk 5 hari dan 2 minggu selepas tu jumpa doc lagi sekali untuk check sama ada kita ada tindakbalas dengan ubat kesuburan yang doc beri. 28 Februari 2014, appointment dengan doc selepas makan ubat kesuburan. Appointment kali ni kena scan dari bawah untuk tengok sama ada size telur kita besar atau kecik. Potensi untuk mengandung adalah bila saiz telur lebih dari 21. Kalau kurang dari tu agak susah sikit. Alhamdulillah, size telur kila ok. Doc juga sediakan jadual hari apa perlu bersama dengan suami.

 
Sumber gambar dari google

Insya- Allah, kalau segalanya seperti yang dirancang. Hujung bulan 3 ni mungkin ada berita gembira untuk saya dan en. suami. Kalau tak ada, kenalah redha dengan ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya kita berusaha. Sebelum balik doc bagi ubat untuk kuatkan rahim (progynova), makan dalam 2 minggu. 

Sumber gambar dari google

Oklah, rasanya dah panjang sangat saya membebel ni. Takut ada yang jemu nak membaca..hehehe..jumpa lagi ye...

p/s - saya dah jadi ahli shaklee sekarang, kalau ada sesiapa yang nak beli barangan shaklee bolehlah pm saya di facebook. Dah jatuh cinta dengan produk kesihatan shaklee selepas amalkan selama 2 bulan.

Sunday, February 23, 2014

Akhirnya Daku Muncul Kembali

Assalamualaikum....

Apa khabar semua?Fuhhh..memang berhabuk habis blog ni lama kena tinggal dengan tuannya. Akhirnya dapat juga semangat untuk menulis blog hari..chaiyok..chaiyok..untuk diri saya sendiri.

Hari ni nak membebel sikit tentang blog saya yang tak begitu indah ni. Sebenarnya dah jemu tengok header yang sama je ni tapi tak pandai nak buat sendiri header yang cantik-cantik. Ada sesiapa tak sudi nak buatkan header yang cantik untuk saya?Mungkin bila dah ada header baru, semangat nak berblog tu berkobar-kobar. Sangatlahkan????..

Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi saya sebab tahun ni dah kena rajin buat bisnes sikit-sikit untuk menampung kehidupan di tahun segalanya naik ni. Fuhh..bisnes apa lah agaknya yang saya nak buat ye?

Pening memikirkan masalah duit ni. Harga barang, makin lama makin naik tapi gaji tetaplah ditahap yang sama. Macam-macam perancangan ada dalam kepala hotak ni tapi semuanya terpaksa didiamkan bila rasa tiada kemampuan dari segi kewangan. Yang paling utama ku mau rumah sendiri..huhuhu..bilalah nak tercapai hasrat macam ni. Kadang-kadang sayu je hati tengok rumah tak berhias. Macam rumah bujang je rumah tu.

Tahun ni juga saya kena betul-betul berusaha untuk mengandung. Memang tak dinafikan perasaan sedih tu tetap akan datang bila mendengar orang lain mengandung, walaupun dia mengandung anak sulung ke, anak ke-2, tetap bagi saya agak menyedihkan bila memikirkan bilalah giliran diri sendiri. Isteri kawan-kawan En. Suami pun ramai tengah mengandung sekarang ni. Lagilah macam agak tertekan jugak. Sekarang ni cuba untuk positifkan diri!!Sentiasa berdoa pada Allah giliran saya untuk mengandung tak lama lagi. Kawan-kawan pun tolong doakan untuk saya ye..

Oklah, rasanya dah cukup kita membebel untuk entry kali ni. Kita berjumpa lagi di lain entry ye..adios..senyum..