Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 29, 2013

Syawal 1434H

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya..

Dah Syawal yang ke-22 baru nak update blog pasal raya. Tahun ni giliran kila dan en. suami beraya di kampung sebelah kila. Happy sangat sebab dapat juga beraya dan berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik kila. Tahun ni semua beraya di Pekan. Itu pun last minute punya planning. En.suami dapat juga cuti selama 3 hari raya. Kalau en. suami tak dapat cuti alamatnya beraya lagi sekalilah kila di KL..hehehehe..

Menu pagi raya macam biasa nasi minyak tapi tahun ni bukan abah kila yang masak seperti tahun-tahun sebelumnya, abang kila yang sulung pula ambik alih masak menu pagi raya. Bangun pagi bersiap-siap untuk ke masjid, menunaikan solat hari raya. Selepas solat barulah buat sesi bermaaf-maafan dan juga sesi bergambar. Dan untuk tahun ni ahli keluarga kami bertambah.

Raya tahun 2010 

Raya tahun 2012

Tahun ni kami tak buat tema baju warna sama, semua last minit persediaan. Ada yang warna baju sama juga, tu semua kebetulan. Yang masih bujang je rancang nak pakai baju warna purple. 

Kila dan en.suami - tema warna terang

Lepas dah selesai sesi bergambar, kami pi serbu rumah jiran-jiran terdekat. Penat beraya seharian campur dengan melayan tetamu yang datang rumah, petang hari raya tu semua pakat tidur. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Hujan lebat beserta dengan ribut. Memang syok ler tidur.

Raya kedua, macam biasa kami akan beraya di kampung abah di area Temerloh. Bila dah besar, makin jarang balik ke Temerloh. Time raya ni je lah nak berkumpul dengan sedara-mara. Raya ketiga, en. suami dah kena balik KL. Kila balik kemudian sebab kila cuti lama sikit sampai raya kelima. 

  Raya ke2 - Beraya di rumah PIL adik

Raya ke3 - Sebelum pulang ke KL

Itu sajalah cerita kila di raya tahun 2013 ni. Tiada yang menarik sangat pun. Cuma tahun ni ramai yang ambil berat dengan bertanya bila kila nak mengandung ni. Yelah dah setahunkan kila keguguran. Insya-Allah,adalah rezeki tu untuk kila. Aminnn..