Assalamualaikum..
Dah berhabuk habis blog kila ni. Sungguh kila tak ada hati nak menaip blog kebelakangan ni. Sekadar menyinggah di blog kawan-kawan je. Hari ni kila kuatkan azam juga nak menaip sesuatu dalam blog ni.
Ramadhan telah menjengah ke hari yang ke lapan hari ni. Sekejap saja masa berlalu, tinggal lagi 22 hari untuk Syawal tiba. Ramadhan kali ni cukup bermakna sebab kila dapat berpuasa dan berterawih bersama-sama dengan en. suami. Tahun lepas tak bekesempatan nak berpuasa dan berterawih bersama-sama dari awal puasa. Puasa kali ni juga terpaksalah kila asah bakat memasak kila, Terpaksa jadi pandai memasak.. :-) Nasib baik perlu masak untuk berbuka je, en. suami ok je kalau waktu sahur makan nasi n goreng telur je untuk dia.
Bulan Ramadhan juga bermakna sudah setahun kila keguguran dan keinginan untuk mengandung semula semakin membuak-buak. Apatah lagi ramai kawan kila yang mengandung tahun ni. Sedih jugalah hati bila mengenangkan bilalah giliran kila ni..huhuhuhu..Salah seorang office mate kila bakal melahirkan anak kembar. Terujanya dengar, tumpang gembira untuk dia. Kila dah siap usap perut dia lagi, amik berkat orang kata..hehehe..
Anak saudara kila yang lahir 12.12.12 hari tu sekarang ni dah 7 bulan. Dah pandai meniarap dan melaju (betul ke bahasa camni?). Sekarang tengah cuba-cuba untuk merangkak pulak. Lepas raya nanti dia dah nak balik Sabah semula. Sunyilah umi kila bila dia tak ada.

ini en. suami kila punya kerja
ibu dia bajet duduk kat negara sejuk..hehehe
Nur Nafhah Insyirah ni bila kita agah dia, suara dia tak keluar tapi mulut aje yang terbuka lusa menunjukkan dia tengah gelak..hanya orang tertentu sahaja boleh buat dia gelak dengan kuat. Rindunya kat budak tecik ni, raya nantilah baru boleh jumpa.