Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 1, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..

Bertemu kembali kawan-kawan blogger, lama kila tak menulis entry baru..Selamat Hari Jumaat semua..entah kenapa hati kila berbunga-bunga hari ni. Gembira tanpa ada sebab yang pasti. Takut juga ada perkara tak baik menanti.

Membaca semula entry-entry lama, membuatkan diri terasa malu sendiri. Gelak sorang-sorang pun ada, lucu membaca entry sendiri yang ayatnya entah apa-apa yang kila karang. Sungguh cetek sekali ilmu kila dalam ber blogging ni, teruknya rasa ayat-ayat yang digunakan..huhuhu..Kena banyak belajar lagi ni.

Kila baru perasan, rupanya kila main campur-campur pakai kata ganti nama dalam blog ni. Aku, saya dan kila..So, kila ingat nak tukar pakai kata ganti nama tu kepada aku lah. Bolehkan? Sebab rasa macam lebih santai untuk bercerita dan lebih mesra..hehehe..kalau saya tu macam skema sangat ataupun biarlah kekal dengan kila saja?

Kila dah start journey ttc sekarang ni, bermula dengan pengambilan Maajun Anggun Bestari (MAB) dan juga buat rawatan dengan doktor. Setelah setahun lebih menunggu, kila fikir kila perlu buat sesuatu untuk cuba hamil. Melihat bayi-bayi yang baru lahir membuatkan hati mudah sangat tersentuh sekarang. Sayu je bila mengenangkan diri belum lagi mengandung.

Untuk sesiapa yang dah lama berkahwin tapi belum lagi mengandung dan tak pernah terfikir untuk dapatkan rawatan doktor, kila nasihatkan supaya pergilah dapatkan rawatan doktor. Kadang-kadang kita fikir kita ok saja tak ada masalah tapi sebenarnya tidak. Macam kila lah, rasa kila ni tak ada masalah untuk mengandung tapi bila dah buat check up barulah tau. Tentang ni kila akan sambung di lain entry. Yelah, bukan ada orang nak baca pun kalau taip panjang-panjang..hehehe..

Sehingga berjumpa lagi di lain entry...



No comments: