Assalamualaikum...
Selamat Hari Isnin semua..Hati tengah bergumbira dek kerana negeri kelahiran kila, Pahang menjuarai Piala Malaysia tahun ni. Alhamdullillah..akhirnya, Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun untuk menjulang kembali Piala Malaysia. Misi 92, berjaya dicapai.
Berdebar-debar tengok perlawanan semalam. Bersorak seorang bila Pahang berjaya menjaringkan gol, En. Husband tak ada sebab terpaksa on call semalam. Tengok sorang-sorang pun dah macam tengok ramai-ramai..hahaha...
Tahniah untuk pasukan Pahang yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang semalam. Paling suka tengok Damian Stewart dan juga Khairul Azhan (Yan) bermain. Ada ke patut dorang ni cakap Damian Stewart tumbuh gading kat hidung bila dia letak tisu kat hidung akibat darah keluar dari hidung..hahaha..tak baik sungguh.
Kredit to fb - Ali Shamsul Bahar
Untuk Kelantan, jangan kecewa. Sesungguhnya, Pasukan Kelantan telah berusaha besungguh-sungguh untuk menjaringkan gol. Adat permainan ada yang kalah, ada yang menang. Pasukan Kelantan juga antara pasukan feveret kila, selain Pahang. Cuba lagi tahun depan. Anda kalah dengan bermaruah.
Buah tangan dari pengorbanan dan perjuangan pemain, jurulatih/pegawai dan penyokong
P/s :- Esok dah masuk tahun Hijrah yang baru, marilah kita sama-sama membaca doa akhir dan awal tahun.