Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 17, 2013

Korean Drama - Master's Sun

Assalamualaikum..

Rajinnya rasa nak update blog hari ni sebab ada idea..hehehe.. Kila tengah dalam mood drama korea sekarang ni..dah lama rasanya kila betul-betul tak menghadap drama korea kat saluran OneHD Astro. Sekarang ni kila tengah demam tengok drama korea Master's Sun. Sini serba sedikit sinopsis cerita ni.

Dibintangi oleh Joo Joong Won (So Ji Sub) dan Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin). Drama ni berkisar  tentang seorang wanita yang boleh melihat hantu dan seorang lelaki yang cuba untuk melindungi beliau. 

Joo Joong Won adalah seorang CEO yang tamak dan sombong, yang mengukur semua hubungan manusia melalui wang. Sementara itu, Tae Gong Sil adalah seorang pembantu yang kehidupannya agak menyedihkan, yang mempunyai kemampuan melihat hantu selepas mengalami kemalangan dan kerana itu dia menghidap insomnia. Joong Won yang pernah mempunyai kekasih dan kekasihnya telah meninggal dunia dalam satu insiden. Bolehkah Gong Sil yang mampu melihat hantu membantu Joong Won mendapatkan jawapan dari hantu kekasihnya mengenai tragedi yang pernah menimpanya? Dan bolehkah Joong Won membantu Gong Sil keluar dari dunianya gelap dan sepi serta hidup tanpa ada rasa takut? Joong Won dan Gong Sil dua personaliti yang berbeza tapi punya satu persamaan.


Drama ini mula ditayangkan di saluran OneHD Astro pada 4 September 2013 hari tu. Tapi di Korea diaorang dah tayang drama ni start bulan 8 lagi. Bermula episod pertama lagi Kila dah jatuh cinta dengan drama ni, walaupun drama ni ada kalanya agak menakutkan sebab ada hantu tapi tak kisahlah Kila redah je lah..hehehe..Drama ni juga boleh ditonton di internet yang telah diupload sebanyak 12 episod. Drama ni ada 16 episod semuanya. Selalunya kalau nak tengok drama Korea kat internet kila suka tengok di Good Drama.  

 
Kila suka tengok drama Korea yang jalan cerita dia tak terlalu lambat dan kelakar. Lagi satu, OST untuk drama ni pun best. Lepas tu tengok komen-komen kat internet tentang drama ni, rata-rata cakap drama ni best. Kali pertama kila betul-betul demam dengan drama korea ni, sebelum ni kalau tengok biasa-biasa je. Untuk pengetahuan, kila langsung tak mengenali pelakon-pelakon korea ni. Tak pernah nak ambik tau, sekadar tengok saja. Tapi sukalah tengok muka hero no. 2 dalam drama ni, cute :-)

No comments: