Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 4, 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Assalamualaikum...

Selamat Hari Isnin semua..Hati tengah bergumbira dek kerana negeri kelahiran kila, Pahang menjuarai Piala Malaysia tahun ni. Alhamdullillah..akhirnya, Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun untuk menjulang kembali Piala Malaysia. Misi 92, berjaya dicapai. 

Berdebar-debar tengok perlawanan semalam. Bersorak seorang bila Pahang berjaya menjaringkan gol, En. Husband tak ada sebab terpaksa on call semalam. Tengok sorang-sorang pun dah macam tengok ramai-ramai..hahaha...

Tahniah untuk pasukan Pahang yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang semalam. Paling suka tengok Damian Stewart dan juga Khairul Azhan (Yan) bermain. Ada ke patut dorang ni cakap Damian Stewart tumbuh gading kat hidung bila dia letak tisu kat hidung akibat darah keluar dari hidung..hahaha..tak baik sungguh. 


Kredit to fb - Ali Shamsul Bahar

Untuk Kelantan, jangan kecewa. Sesungguhnya, Pasukan Kelantan telah berusaha besungguh-sungguh untuk menjaringkan gol. Adat permainan ada yang kalah, ada yang menang.  Pasukan Kelantan juga antara pasukan feveret kila, selain Pahang. Cuba lagi tahun depan. Anda kalah dengan bermaruah.


Buah tangan dari pengorbanan dan perjuangan pemain, jurulatih/pegawai dan penyokong


P/s :- Esok dah masuk tahun Hijrah yang baru, marilah kita sama-sama membaca doa akhir dan awal tahun.

Friday, November 1, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum..

Bertemu kembali kawan-kawan blogger, lama kila tak menulis entry baru..Selamat Hari Jumaat semua..entah kenapa hati kila berbunga-bunga hari ni. Gembira tanpa ada sebab yang pasti. Takut juga ada perkara tak baik menanti.

Membaca semula entry-entry lama, membuatkan diri terasa malu sendiri. Gelak sorang-sorang pun ada, lucu membaca entry sendiri yang ayatnya entah apa-apa yang kila karang. Sungguh cetek sekali ilmu kila dalam ber blogging ni, teruknya rasa ayat-ayat yang digunakan..huhuhu..Kena banyak belajar lagi ni.

Kila baru perasan, rupanya kila main campur-campur pakai kata ganti nama dalam blog ni. Aku, saya dan kila..So, kila ingat nak tukar pakai kata ganti nama tu kepada aku lah. Bolehkan? Sebab rasa macam lebih santai untuk bercerita dan lebih mesra..hehehe..kalau saya tu macam skema sangat ataupun biarlah kekal dengan kila saja?

Kila dah start journey ttc sekarang ni, bermula dengan pengambilan Maajun Anggun Bestari (MAB) dan juga buat rawatan dengan doktor. Setelah setahun lebih menunggu, kila fikir kila perlu buat sesuatu untuk cuba hamil. Melihat bayi-bayi yang baru lahir membuatkan hati mudah sangat tersentuh sekarang. Sayu je bila mengenangkan diri belum lagi mengandung.

Untuk sesiapa yang dah lama berkahwin tapi belum lagi mengandung dan tak pernah terfikir untuk dapatkan rawatan doktor, kila nasihatkan supaya pergilah dapatkan rawatan doktor. Kadang-kadang kita fikir kita ok saja tak ada masalah tapi sebenarnya tidak. Macam kila lah, rasa kila ni tak ada masalah untuk mengandung tapi bila dah buat check up barulah tau. Tentang ni kila akan sambung di lain entry. Yelah, bukan ada orang nak baca pun kalau taip panjang-panjang..hehehe..

Sehingga berjumpa lagi di lain entry...



Monday, October 7, 2013

Mari Kita Cuba!!!!!!

Assalamualaikum



Ilmu Falak - Secara kebetulan atau ketetapan?

TAHUKAH ANDA? Dari nombor Hand Phone, kita dapat tahu umur kita. Percaya tak??? Cubalah.... Anda Pasti Tersenyum!

(1) Lihat angka terakhir no hp anda.
(2) Darab 2
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1763
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.

Sekarang anda mendapatkan 3 angka:
-Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda.
-Angka kedua dan ketiga adalah umur anda..

Cuba dan buktikan sendiri ya! Pasti mengujakan!

P/s : Memang betullah bila buat ni..teruja..

Thursday, September 19, 2013

Tazkirah - Rahsia Disebalik Solat 5 Waktu





Assalammualaikum..

Sedikit peringatan untuk kita semua.  

Sabda Rasulullah s.a.w; 

Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka jahanam. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka jahanam pada hari kiamat.

Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.

Jagalah waktu sembahyang, terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima.Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah s.w.t,maka Allah akan perkenankan.

Sembahyang Isyak, katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah s.w.t haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.

Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberikan kepadanya oleh Allah s.w.t 2 kebebasan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq.

Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki oleh diri ini :-)