Assamualaikum..
Kila tengah berfikir ni pasal satu barang yang hilang dalam rumah kila tanpa dapat dikesan. Puas mencari barang tu tapi tak jumpa juga. Dari pertengahan bulan 9 lagi hilang. Nak kata ada orang curi, tak logik langsung sebab barang tu bukan berharga pun. Seingat kila last sekali kila nampak sebelum barang tu hilang, barang tu ada kat atas kepala katil dalam bilik. Barang tu hilang selepas kila balik dari kampung hari tu. Nak kata ada orang masuk rumah, mustahil sebab barang lain tak hilang. Agak misteri jugak ni.
Mesti korang tertanya-tanyakan apa benda lah yang hilangnya tu kan?Buku pink masa kila pregnant hari tu yang hilang. Dalam buku tu ada gambar scan 'dia' sebelum kila keguguran hari tu. Mesti korang cakap, buku hilang pun nak bising ke? Buku tu adalah kenangan bagi kila. Walaupun 'dia' dah tak ada tapi 'dia' pernah wujud dalam rahim kila walaupun untuk seketika.
Kenapa kila tak simpan aje buku tu dalam kotak ke,dalam laci ke, dalam almari ke? Jawapannya, setiap malam kila akan tidur dengan buku tu. Macam tak redha je kila dengan apa yang dah berlaku. Bukan kila tak redha tapi kila rasa rindu. Lagipun emosi kila masa tu agak terganggu. Ada sesuatu yang lain menyebabkan kila rasa sedih dan sampai membuatkan kila teringat-ingat dan rindu. Kalau tak ada buku tu kila tak boleh tidur. Terukkan?
Balik dari kampung perasaan kila dah ok dan tenang sikit, so kila tak adalah ingat sangat kat 'dia' dan lupa pasal buku tu. 2/3 hari lepas tu barulah kila teringat pasal buku tu. Puas kila cari dalam bilik tapi tak jumpa juga. Belakang katil, bawah tilam, dalam laci, dalam almari semua kila dah tengok. Takut buku tu terjatuh or kila tersimpan buku tu. Tanya en. suami dia ada ambik tak buku tu, dia cakap tak ambik. Pastu dia cakap lagi, entah-entah kila bawa balik buku tu sekali masa balik kampung dan buku tertinggal kat kampung.
Seingat kila mana ada kila bawa balik apa-apa buku pun ke kampung. Kalau buku tu tertinggal mesti umi kila dah telefon cakap kila tertinggal buku tu kat sana. Mustahil buku tu hilang camtu je melainkan ada orang ambik. Terkilan sangat kalau buku tu betul-betul hilang. Itu je kenangan yang kila ada tentang 'dia'. Kenangan bukti cinta kami yang pertama pernah wujud dalam rahim kila.
Sampai sekarang kila musykil pasal kehilangan buku tu. Korang rasa misteri tak?
P/s: Sekadar luahan :)