Kembali bersiaran hari ini..macam lah orang tunggu n3 dari kila kan?perasannya dia..hehehe..
4 hari bercuti kila betul-betul malas nak update belog (eleh, cakap aje ler ko takda idea sebenarnye..kui..kui..).
Hari ni kila nak berkongsi cerita tentang anak sedara kila yang ke-4 dan merupakan satu-satunya anak sedara lelaki kila buat masa ni..(adik kila pun bakal melahirkan baby girl nanti).
TUAH EID FAHRI - lahir ketika usia kandungan ibunya menjangkau 27 minggu. Ibunya terpaksa melahirkan Tuah kerana terkena sawan. Berat ketika dia dilahirkan 890 gram (sebesar botol mineral 500 ml) dan terpaksa berada di hospital selama 2 bulan. Dan sekarang usia Tuah telah menjangkau 1 tahun 4 bulan. Hari sabtu lepas genaplah umur Tuah setahun kalau ikut tarikh dia sepatutnya keluar. Kenapa dia ada 2 umur?kerana doc kata selagi belum capai 2 tahun, Tuah memang ada 2 umur. He is miracle boy. Memang perkembangan Tuah lambat sikit dari anak yang lahir cukup bulan tapi kedatangan dia benar-benar memberi kegembiraan kepada ibu dan ayah dia kerana 6 tahun mereka menunggu untuk menimang cahaya mata. Sungguh semangat Tuah sangat kuat untuk terus membesar. Kalau nak baca cerita selanjutnya di sini ilhamfatihah
Tuah sekarang dah tumbuh gigi atas dan bawah. Pandai sangat tayang gigi dia bila kita tanya mana gigi. Kila teruja nak tunggu dia pandai berjalan. Tak sabar nak tengok dia berjalan dengan kaki dia yang comel tu. Sangat-sangat suka berjalan, kalau duduk rumah mesti meragam. Ni ikut perangai ayah dia yang memang suka berjalan..hehehe..
Suka sangat dia duduk macam ni
1 comment:
selamat hari lahir tuah...
dia mmg ank yg bertuah... sungguh kuat semangat dia untuk teruskan kehidupan... kecik betoi dia masa lahir yer... pe2 pun alhamdulillah sbb dia sihat walafiat...
Post a Comment