Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 30, 2012

Perlu ke Tak Perlu?

As-salam..
Kila tak berapa sihat sekarang ni. batuk & selsema serta sakit-sakit badan...huhu..Sakit sebab masa raya ari tu kila tak pantang sangat, main bedal je dah tak pakai stokin dalam rumah & waktu tidur. Padahal lantai rumah kila tu sangat lah sejuk. Pastu time mandi pagi dah tak mandi dengan air panas, mandi dengan air sejuk je. Sekejap je pinggang kila dah sakit, sakit kat tempat kena cucuk bius masa buat D&C ari tu..huhu..Padahal dah sebulan ni keguguran.

Oklah, berbalik pada tajuk kat atas tu. Kila nak tanya ni perlu ke tak perlu nak berurut bagi rahim naik lepas keguguran? Umi kila tak tau sebab tak pernah ada pengalaman keguguran. Masa SIL kila keguguran pun, SIL kila tak berurut pun tapi elok je cepat dapat baby baru..Kawan kila kata kena berurut sebab dia pun dulu berurut juga bagi rahim dia naik balik lepas keguguran dulu. Kalau tak berurut nanti rasa sakit kat antara bawah perut dengan peha. Kila pun dah rasa sebenarnya sakit-sakit kat situ. 

Kawan-kawan tau tak nak berurut ke tak?Sapa-sapa yang ada pengalaman tu boleh lah kongsikan dengan kila. Tengah confuse ni..

P/s : Tetiba rajin lak update blog hari-hari.. :-P

7 comments:

aTy _faRed~ said...

aty dulu lepas DnC..dalam 2-3 bulan aty gi berurut perut..bukan pasal naik kan rahim ker ape..tapi aty nak lancarkan peredaran darah...sebab lepas dari dnc tu piyed aty tak menentu...takut susah nak pegnan balik pulak nanti..
tapi so far..ramai gak kawan2 aty yg aty tengok lepas keguguran tak de berurut pon still ok..terpulang pada badan masing2 kot..:)

akilla ibrahim said...

ye ke?kakak ipar tak berurut elok je mengandung semula.btllah, maybe ikut bdn masing2..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

takziah Killa keguguran. takpe, Killa mesti ada rezeki lain nanti. Kalau ikutkan rahim tak turun pun, sebab janin kecik lagi. Tapi kalau berurut memang lebih bagus, lancarkan peredaran darah. Dan selalu2 minum air suam, panaskan badan. Kalau Killa rajin tuam2 lah kawasan perut tu dengan bantal panas.

p/s; Yana dan 2x gugur, dedua Yana pantang betul2. even kandungan umur sebulan je.

Mrs Lurve said...

sy dulu pas gugur pun berurut, cuma nak betulkan saluran darah semula..tp masa bidan urut tue, dah pesan jgn naikkan rahim..sbb takut susah lekat..so sy pesan dkt bidan tue urut biasa ja

akilla ibrahim said...

bukan ke kalau naik'n rahim lg cpt lekat?kila xtau lak kalau naik'n rahim susah nak lekat. mbe juga btl apa yg awak ckp tu.

akilla ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Lurve said...

mcm tue pulak ehh..tp ari2 mil yg pesan, biar rahim dlm keadaan normal,,xyah minta bidan naikkan rahim..susah nak lekat..xtau yg mana satu btl