Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 29, 2012

'Dia' Bukan Milik Kami Part 2

Kila sambung semula cerita macamana kila boleh keguguran. Salah kila sebenarnya sebab tak bertanya pada yang lebih berpengalaman, kila betul-betul tak tau yang time mula-mula mengandung tak boleh minum air halia. Rupanya air halia tu panas untuk ibu mengandung.

Kila start bleeding hari Isnin, time 2 pukul 4 pagi kila bangun untuk ke tandas dan bila buang air kecil ada sedikit darah keluar. Kila relax lagi masa tu, pergi ofis macam biasa. Kila ingat'n lepas tu dah tak ada darah keluar lagi tapi tengahari isnin tu darah keluar lagi. Darah still keluar sampai malam tapi tak kena kat panties pun, bila time buang air kecil je keluar. Kila nak ajak husband kila pergi klinik tapi hari tu husband kila kena kerja sampai malam, kesian lak kat dia balik penat-penat nak kena keluar semula. So, kila decide pergi klinik hari selasa.

Hari selasa pergi klinik, doktor check semua dia kata tak ada apa-apa. Normal dia kata darah ada keluar sedikit. Bila doktor kata camtu kila pun tak ada lah risau sangat. Tapi hari Rabu darah still keluar dan kali ni memang kena kat panties kila. Bila dah kena kat panties tu barulah kila panik. Cepat-cepat kila mesej husband kila, bagitau darah keluar banyak sikit hari tu. kali ni kitaorang decide pergi check di HKL.

Mula-mula kitaorang pergi kat pesakit luar, bila jumpa doktor kat sana dorang suruh pergi ke bangunan Hospital Bersalin. Masuk bahagian EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) Wad MHIA. Tapi mula-mula kena daftar kat bawah dulu, pastu baru dorang hantar kita ke bahagian EPAU tingkat 1. Kat sana, bila dah ambik maklumat semua. Nurse pun suruh tukar seluar dengan kain yang disediakan. Mula-mula sekali doktor check kat bahagian bawah dengan menggunakan 'muncung itik'..kila tak tau nama sebenar alat tu apa..huhu..tapi rupa dia memang macam muncung itik. Agak sakit jugak lah bila dia masukkan benda tu kat bawah. Kila tak tau pun kena tahan nafas masa benda tu dimasukkan sebab tu sakit. Masa ni dapat doktor perempuan India. Lepas dah check kat bawah barulah boleh scan, time nak scan doktor lain pula take over. Kali ni dapat doktor lelaki lak..huhu..sangat lah malu sebab bila dia scan kat perut tak nampak sangat baby tu, so dia terpaksa scan melalui bahagian bawah lak..

Resultnya, doktor kata degupan jantung baby macam dah tak ada tapi dia kata mungkin kecik lagi sebab tu macam xdapat tau degupan jantung baby. Dia cakap jangan sedih-sedih dulu, 2 minggu lagi datang semula tapi kalau darah still keluar banyak dan makin teruk boleh datang check semula bila-bila masa. agaknya masa tu doc tu nampak muka kila macam nak nangis sebab tu doc tu cakap macam tu.

Panjang pulak rsnya n3 kali ni, kila berhenti dulu lah sampai sini dulu. Nanti sambung lagi ye...

5 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

2 bulan 2 minggu.. satu tempoh yang agak lama, killa berpeluang merasai nya.. thanks visit Yana, keep in touch ya :)
take care

aTy _faRed~ said...

sabar yer dear..sebelum kelahiran anak yang ni..saye jugak pernah keguguran dulu...mase tu dah masuk 3 bulan pon...saye tahu perasaan nyer..paling teruk saye rase..saye kene dnc [cuci rahim] sebab kandungan meninggal dalam perut..tak kuar sendiri...mase tu sedih tak reti nak cakap...tapi alhamdulillah..lepas 6 bulan saye mengandung balik...dan selamat dah dekarang...jadi yang penting..dari sekarng kene jage diri..makan asic folic tuk kuatkan rahim..insyaallah ade rezki lagi nanti...:)

akilla ibrahim said...

thanks aty..ada bc juga psl aty keguguran tu..dah rasa baru tau camne perasaannya..nurse pun ada pesan gak makan asid folic.kn bl juga ni nnti.

LydSunshine said...

Acid folic tu bleh dpt free je kan kat hospital kerajaan?

Saya pun tak tau tak bleh minum air halia masa pregnant. Nasib baik tak minum sbb saya selalu angin dalam perut. Husband selalu suh minum air halia tapi saya tak minum sbb tak suka. Syukurlah dah tau skrg.

akilla ibrahim said...

tu lah,rasa menyesal lak minum air halia tu..tapi nak buat camne benda dah jadi..huhu