Nuffnang Ads

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

121212

Assalamualaikum

Wah..cantik betul tarikh hari ni kan..mesti ramai yang kahwin, bertunang or melahirkan anak hari ni. 

Bagi kila tarikh ni sangat istimewa sebab hari ni keluarga kila dapat orang baru!!!!

Adik kila baru sahaja melahirkan baby girl tengahari tadi. Pandai baby pilih nak keluar pada tarikh yang cantik..hehehe..

Sepatutnya due date adik kila 3hb hari tu tapi baby sedap lagi duduk dalam perut ibu dia..

Tak sabar nak jumpa baby baru minggu depan. Nak peluk cium baby..


P/s - bilalah agaknya giliran kila ye?hanya Dia saja yang tau.  

Monday, November 26, 2012

Setahun Sudah

Assalamualaikum

Lamanya kila tak update blog ni, melawat blog kawan-kawan pun malas juga. Maafkan saya :-)
Ada benda yang nak dikongsi tapi bila nak buka je blog semua hilang dan mood pun ke laut..huhu..

Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik hari ni 26 November 2012 genaplah setahun kila dan en. suami bersatu. Apalah sangat nak dibandingkan dengan perkahwinan yang setahun jagung ni dengan orang yang dah lama kahwin..hehehe..Panjang lagi perjalanan kami.

Apa-apa pun Happy Anniversary untuk kila dan suami kila, Fadhil Bin Harwan. Semoga perkahwinan kami ni akan kekal hingga ke akhir hayat..aamin.

Seharusnya kena letak gambar sendiri lagi..haha

P/s : Entry pendek lagi..curi masa update blog..huhu

Friday, November 2, 2012

Cara Sambutan Hari Lahir Orang Kita

Assalamualaikum

Huh..dah seminggu lebih kila tak update blog, bila kemalasan menguasai diri memang idea pun takda datang. Kila just bw je, tu pun tak semua blog kila masuk.

Sebelum kila meneruskan n3 kali ni kila nak minta maaf dululah, takut-takut ada yang tersinggung dengan n3 ni nanti :) Bukan nak menuding jari tapi hanyalah satu pandangan dan juga perkongsian.

Kila suka perhatikan cara orang kita sambut birthday. Macam-macam cara yang dorang buat untuk meraikan birthday. Ada yang menyambutnya secara ringkas, yang hanya ahli keluarga sahaja yang ada. Ada juga yang menyambut secara besar-besaran dengan mengikut tema dan sebagainya. Ada juga yang menyambutnya dengan membuat kenduri doa selamat.

Terpulang pada kita sebenarnya nak buat cara yang macam mana, samada cara yang ke arah kebaikan ataupun melalaikan. Bagi kila kalau buat kenduri doa selamat lagi afdal..hehehe..

Kila pernah terbaca dalam satu majalah, (maaf tak ingat majalah apa). Artikel tu berkaitan dengan cara dia sambut birthday anak-anak dia. Wah, kila betul-betul teruja dan kagum dengan cara yang dia buat tu. Tak pernah terfikir langsung kila pasal cara ni.

Setiap kali birthday, orang tu akan membawa anak-anak dia ke rumah anak-anak yatim untuk menyambutnya di sana. Selain dari berkongsi kegembiraan dengan anak-anak yatim, ini adalah salah satu cara untuk dia mendidik anak-anak dia erti kesyukuran. Daripada kita menjamu orang yang memang dah selalu makan sedap-sedap, lagi baik rasanya kita menjamu orang yang jarang dapat makan sedap. Sekurang-kurangnya dapat juga pahalakan?

Mungkin lepas ni bolehlah kita praktikkan cara macam ni juga. Insya-Allah.

P/s - Korang suka buat sambutan birthday camne?  




Monday, October 22, 2012

Mengimbau Kenangan - Blues Selamanya

Assalamualaikum

Korang pernah baca komik Blues Selamanya tak? Hari tu jalan-jalan kat cik google, terjumpa lah satu gambar komik ni. Apa lagi terimbau kenangan lalulah..haha


Sapa-sapa yang suka dengan komik tu mesti pernah bacakan?

Dulu suka sangat beli komik ni, mesti cari sampai dapat.

Komik ni dalam dorang melawak tu, ada jugalah diselitkan sedikit pengajaran untuk kita. Sebab tu lah kila suka beli komik ni kalau nak dibandingkan dengan komik Ujang. Kadang-kadang ada sindiran sinis skit dalam komik ni, sapa yang makan cili dialah terasa pedas..hehehe..

Komik ni dah lama tak ada kat pasaran, tak tau kenapa pengeluaran komik ni dihentikan. Patutlah dulu kila cari kat semua kedai tak ada. Rupanya memang dah tak ada kat pasaran.

Rindu nak baca siri-siri kartun dalam komik ni. Suka tengok kartun-kartun yang berbadan sasa dalam komik ni..gatal..
 

Sunday, October 21, 2012

Juara Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum

Suka kila bila Kelantan menang. Walaupun bukan orang kelantan, haruslah menyokong pasukan pantai timur..hehe..

Perlawanan yang sangat menarik malam ni. Tahniah pada pasukan Kelantan.

Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada pasukan ATM sebab berjuang sehingga ke tiupan wisel penamat.

p/s : tahun ni lah baru start tengok semula perlawanan bola sepak negara kita :)

Monday, October 15, 2012

Jom Cuba!

Assalamualaikum

Tertarik dengan satu kuiz ni berkaitan dengan personaliti kita. Jom kita cuba.

Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kreatif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita.

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Ada 5 perkara berlaku serentak:
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 - 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.

Gambar tiada kena mengena dengan entry :)

Fikirkan ~~~~~~~~~~

Amaran: anda dilarang menipu sambil melihat jawapan dibawah terlebih dahulu. ini tidak jujur sama sekali.

Sudah buat keputusan jika perkara tersebut berlaku pada anda?
apakah fakta terselindung disebalik jawapan dari tindakan yang anda lakukan jika ini benar-benar terjadi.


Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

• Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: 
   menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air: 
   menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: 
   menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: 
   menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

• Kalau anda memilih untuk membuka pintu: 
   menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Rasa-rasanya mana satu yang kila pilih?Korang pulak camne ye?.

Friday, October 12, 2012

Abah Tersayang

Assalamualaikum

 Tn. Sheikh Ibrahim & Pn. Siti Rohana
Hari ni 12 Oktober merupakan hari lahir abah kila yang tersayang. Selamat Hari Lahir Yang ke-60 abah. Semoga abah sentiasa gembira dan panjang umur. Orang sayang abah sangat-sangat. Terima kasih sebab telah membesarkan orang menjadi manusia yang berguna.

Abah bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi tapi dia memastikan anak-anak dia ada pelajaran walaupun belajar hanya setakat SPM sahaja. Bukan semua adik-beradik kila berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Abah dulu merupakan penjawat awam (Pekerja Rendah Am). Berapa sangatlah gaji yang ada untuk menampung kami adik-beradik seramai 7 orang.

Selepas waktu kerja, abah buat pulak kerja-kerja kampung iaitu menjadi tukang buat rumah dan kadang-kadang bila hujung minggu abah mengambil upah memasak untuk kenduri kahwin. Penat kot rasanya buat banyak kerja tapi abah tak pernah merungut dalam membesarkan kami.

Antara umi dan abah, umi yang paling garang. Abah susah nak marah anak-anak dia, melainkan kesalahan tu memang tak patut dibuat. Abah takkan pukul kami tapi dia hanya menegur kami dengan kata-kata dia yang mampu membuatkan kami rasa bersalah sangat-sangat.

P/s :  Masih hensem lagi tak ayah kila?hahaha

Wednesday, October 10, 2012

Misteri Kehilangan

Assamualaikum..

Kila tengah berfikir ni pasal satu barang yang hilang dalam rumah kila tanpa dapat dikesan. Puas mencari barang tu tapi tak jumpa juga. Dari pertengahan bulan 9 lagi hilang. Nak kata ada orang curi, tak logik langsung sebab barang tu bukan berharga pun. Seingat kila last sekali kila nampak sebelum barang tu hilang, barang tu ada kat atas kepala katil dalam bilik. Barang tu hilang selepas kila balik dari kampung hari tu. Nak kata ada orang masuk rumah, mustahil sebab barang lain tak hilang. Agak misteri jugak ni.

Mesti korang tertanya-tanyakan apa benda lah yang hilangnya tu kan?Buku pink masa kila pregnant hari tu yang hilang. Dalam buku tu ada gambar scan 'dia' sebelum kila keguguran hari tu. Mesti korang cakap, buku hilang pun nak bising ke? Buku tu adalah kenangan bagi kila. Walaupun 'dia' dah tak ada tapi 'dia' pernah wujud dalam rahim kila walaupun untuk seketika.

Kenapa kila tak simpan aje buku tu dalam kotak ke,dalam laci ke, dalam almari ke? Jawapannya, setiap malam kila akan tidur dengan buku tu. Macam tak redha je kila dengan apa yang dah berlaku. Bukan kila tak redha tapi kila rasa rindu. Lagipun emosi kila masa tu agak terganggu. Ada sesuatu yang lain menyebabkan kila rasa sedih dan sampai membuatkan kila teringat-ingat dan rindu. Kalau tak ada buku tu kila tak boleh tidur. Terukkan?

Balik dari kampung perasaan kila dah ok dan tenang sikit, so kila tak adalah ingat sangat kat 'dia' dan lupa pasal buku tu. 2/3 hari lepas tu barulah kila teringat pasal buku tu. Puas kila cari dalam bilik tapi tak jumpa juga. Belakang katil, bawah tilam, dalam laci, dalam almari semua kila dah tengok. Takut buku tu terjatuh or kila tersimpan buku tu. Tanya en. suami dia ada ambik tak buku tu, dia cakap tak ambik. Pastu dia cakap lagi, entah-entah kila bawa balik buku tu sekali masa balik kampung dan buku tertinggal kat kampung.

Seingat kila mana ada kila bawa balik apa-apa buku pun ke kampung. Kalau buku tu tertinggal mesti umi kila dah telefon cakap kila tertinggal buku tu kat sana. Mustahil buku tu hilang camtu je melainkan ada orang ambik. Terkilan sangat kalau buku tu betul-betul hilang. Itu je kenangan yang kila ada tentang 'dia'. Kenangan bukti cinta kami yang pertama pernah wujud dalam rahim kila.

Sampai sekarang kila musykil pasal kehilangan buku tu. Korang rasa misteri tak?

P/s: Sekadar luahan :) 


Monday, October 8, 2012

Janji Allah Itu Pasti

Assalamualaikum..


Belajarlah untuk redha dengan apa yang Allah tentukan untuk kita.

Yakinlah janji Allah itu pasti.

Bila kita redha, insya Allah hati kita lebih tenang.

Senyumlah di kala ujian dan dugaan datang pada kita.

Wahai hati tabahlah!

Friday, October 5, 2012

Assalamualaikum

Suatu hari sepasang suami isteri keluar bershopping.

Suami: Amboii..abang tengok isteri abang ni dah mula pakai tudung la, baju pun dah longgar, dah tak ber make up kalau keluar rumah.

Isteri :  Alhamdulillah, abang suka tak?

Suami : ......(tanpa suara)

Isteri : Abang, sayang tanya ni abang suka tak?

Suami : Ermm..yela abang suka.

Isteri : Bunyi macam tak suka je..

Suami : Kenapa syang tiba-tiba pakai macam ni?

Isteri : Kenapa abang tanya pulak?Tak suka sayang pakai macam ni ke?

Suami : Abang tanya je..hari ni sayang pelik sangat.

Isteri : Ok..kalau abang nak tau, sayang kahwin dengan abang dulu berharap abang akan membimbing sayang. Abang akan bertegas tentang aurat sayang tapi sayang tak nampak pun abang bak bawa sayang ke jalan syurga..mulai hari ini sayang nak syurga dan sayang pastikan abang pun dapat syurga, sayang tak nak abang jadi lelaki dayus.

Suami :  Kenapa dayus pulak?

Isteri : Abang, suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat itu adalah lelaki yang dayus. Sepatutnya seorang suami itu harus bertegas tentang aurat isterinya, bimbing isterinya menjadi wanita solehah.

Suami : Alhamdulillah..Ya Allah, Engkau telah menyedarkan aku. Ya Allah, maafkan aku. Selama ini aku lalai membiarkan isteriku jadi tatapan orang ramai (berlinang air mata sambil memeluk isterinya). Sayang, maafkan abang. Abang lalai jadi suami yang baik, ampunkan abang ye?

Isteri : Abang, jangan minta maaf dengan sayang, minta maaf dengan Allah. Kita sama-sama minta maaf ye. Kita dah lalai dalam perintahNya.

Suami : Insya Allah, kita solat taubat malam ni ye sayang. Abang janji abang akan bawa sayang ke syurga.

Isteri : Terima kasih abang. Sayang janji, sayang akan pastikan abang ke syurga bersama-sama dengan sayang. ok?

Suami : Terima kasih sayang (cium pipi isteri).

Suami isteri bila dah kahwin senang dapat syurga tapi senamg dapat neraka bila keduanya tidak memegang tangan untuk ke syurga!

Jumpa ni di fb kawan kila.


Wednesday, October 3, 2012

Tuah Eid Fahri

Assalamualaikum semua..
Kembali bersiaran hari ini..macam lah orang tunggu n3 dari kila kan?perasannya dia..hehehe..
4 hari bercuti kila betul-betul malas nak update belog (eleh, cakap aje ler ko takda idea sebenarnye..kui..kui..).

Hari ni kila nak berkongsi cerita tentang anak sedara kila yang ke-4 dan merupakan satu-satunya anak sedara lelaki kila buat masa ni..(adik kila pun bakal melahirkan baby girl nanti).

TUAH EID FAHRI - lahir ketika usia kandungan ibunya menjangkau 27 minggu. Ibunya terpaksa melahirkan Tuah kerana terkena sawan. Berat ketika dia dilahirkan  890 gram (sebesar botol mineral 500 ml) dan terpaksa berada di hospital selama 2 bulan. Dan sekarang usia Tuah telah menjangkau 1 tahun 4 bulan. Hari sabtu lepas genaplah umur Tuah setahun kalau ikut tarikh dia sepatutnya keluar. Kenapa dia ada 2 umur?kerana doc kata selagi belum capai 2 tahun, Tuah memang ada 2 umur. He is miracle boy. Memang perkembangan Tuah lambat sikit dari anak yang lahir cukup bulan tapi kedatangan dia benar-benar memberi kegembiraan kepada ibu dan ayah dia kerana 6 tahun mereka menunggu untuk menimang cahaya mata. Sungguh semangat Tuah sangat kuat untuk terus membesar. Kalau nak baca cerita selanjutnya di sini ilhamfatihah

Tuah sekarang dah tumbuh gigi atas dan bawah. Pandai sangat tayang gigi dia bila kita tanya mana gigi. Kila teruja nak tunggu dia pandai berjalan. Tak sabar nak tengok dia berjalan dengan kaki dia yang comel tu. Sangat-sangat suka berjalan, kalau duduk rumah mesti meragam. Ni ikut perangai ayah dia yang memang suka berjalan..hehehe..

Suka sangat dia duduk macam ni
  
Selamat Hari Lahir Tuah Eid Fahri! Semoga Tuah menjadi anak yang soleh dan selalu menggembirakan ibu dan ayah..ameen..   







Thursday, September 27, 2012

Drama Jambatan Ke Syurga

Assalamualaikum

Semalam kila tinggal sorang-sorang kat rumah, En. Suami on call. Sambil-sambil bw semalam, kila tengok satu drama kat astro oasis bertajuk 'Jambatan Ke Syurga'. Drama ni mengisahkan seorang tentera yang berpangkat mejar dan juga seorang ustaz yang telah mendapat tanda yang dia akan meninggal dunia tidak lama lagi. Drama ni memang memberi keinsafan pada siapa yang tengok tapi tak tau lah kalau orang tu memang takda perasaan langsung.

Menangis kila tengok drama ni, bukan sebab sedih anak bini mejar tu nak kena tinggal tapi menangis takut-takut kita langsung tak sedar yang kita dah dapat tanda bila kita akan meninggal. Tengok sorang-sorang boleh ler nak menangis..hehehe..

Sebenarnya drama ni ulangan sebenarnya, masa puasa or raya dia dah tayang. Kila tak dapat tengok masa tu. Kat bawah ni kila senaraikan tanda kematian bermula dari 100 hari sebelum kita meninggal. Moga-moga mendapat manfaat untuk kita semua.

Tanda-tanda Saat Kematian

Tanda 100 hari - Seluruh badan rasa bergegar. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak shaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan  lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ia adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari -

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. MAka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari - Adapun tanda ini akan diberikan hanya mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianyan berselera untuk makan.

Tanda 3 hari - Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari - Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keeesokan harinya.

Tanda akhir - Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus  mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

P/s - Kan bagus kalau banyak lagi drama macam ni dibuat. 










Wednesday, September 26, 2012

10 Bulan!!!

As-salam.
Hari ni buka blog dan terpandang kat daisy ticket tu.
Sepuluh bulan dah kila menjadi isteri pada En. Fadhil Bin Harwan. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu.
Lagi 2 bulan genaplah setahun usia perkahwinan kami. Banyak rasanya ranjau dan dugaan yang kami berdua tempoh sepanjang menjadi suami isteri.
Walaupun dah bertahun kita bercinta dengan seseorang tu, belum tentu lagi kita benar-benar mengenali dia.
Semoga kami tabah dan sabar menjalani ujian dari-Nya.

Saja mengada nak tepek gambar kahwin..hehe..

P/s - CD untuk gambar kahwin sampai sekarang belum dapat lagi. Kalut sangatlah abang tu buat kerja sampai lupa nak bagi cd sekali masa bagi album kahwin hari tu.

Tuesday, September 25, 2012

Apa Pandangan Anda?

As-salam..
Hmm..tak tau patut ke tak kila bercerita pasal ni..

Kalau tak cerita, kila tak dapat nak tanya pendapat korang..

Kila ada seorang kawan yang berkahwin dengan duda anak dua. Bercerai hidup. Anak yang sulung tinggal dengan atuk sebelah ibu dia, yang kedua tinggal dengan mereka. Berumur 8 dan 7 tahun, kedua-duanya lelaki.

Baru-baru ni dorang bergaduh besar pasal anak laki tu. Puncanya kawan kila pukul anak dia sampai berbirat sikit badan budak tu dan ada kesan merah kat muka anak tiri dia tu sebab kawan kila geram sangat sampai tertampar dengan kuat pipi budak tu.

Kawan kila bukan saja-saja nak pukul anak tiri dia. Selama dua minggu anak tiri dia ponteng tak pergi mengaji masa bulan puasa hari tu. Kawan kila dapat tahu dia tak mengaji pun sebab ustazah yang mengajar mengaji tu yang bagitau. Kebetulan masa dia pergi rumah mak mentua dia, ustazah tu pun ada kat situ. Mak mentua dia pun tak cakap apa pun sebelum tu.

Panas betul hati kawan kila tu bila dapat tau berita tu tapi kawan kila diamkan aje sebab dia fikir mungkin anak tiri dia mengantuk kena bangun sahur. (Puasa separuh hari je) Bila dia bagitau suami dia pun, suami dia diam je. Time cuti raya seminggu, kelas mengaji tutup.

Bila sekolah dah buka semula bermakna anak tiri dia kena pergi mengajilah tapi seminggu sekolah dah buka semula, dia still tak mengaji juga. Kali ni kawan kila tak boleh bertolak ansur lagi. Minggu tu tiap-tiap pagi masa hantar anak tiri dia kat rumah mak mentua dia, dia akan pesan kat anak tiri dia pergi mengaji tapi dia buat tak tahu je dengan pesanan tu. Bila ditanya kenapa tak mengaji, budak tu boleh cakap nenek dia tidur semula. So, dia pun tak pergi lah mengaji. Yang nak pergi mengaji bukannya nenek dia tapi dia. Apa kaitannya pun kawan kila tak tahu.

Malam tu memang kena bantailah anak tiri dia. Time tu pulak suami dia keje malam. Kawan kila bantai pakai getah paip..huhu..sian pulak lah bila dengar tapi dah banyak kali sebenarnya budak tu ponteng mengaji. Ada sekali tu, tiap-tiap pagi nenek dia kata dia pergi mengaji tapi rupa-rupanya dia melencong tempat lain.  Selama seminggu dia buat macam tu. Umur baru 7 tahun dah panjang akal buat kerja macam tu.

Keesokannya, suami dia balik tengok anak dia macam tu apalagi gaduh besarlah. Suami dia kata, dia tak pernah pukul anak dia macam tu. Siap pesan lepas ni jangan sentuh dah anak dia. Untuk pengetahuan korang, masa kes ponteng mengaji yang dulu tu. Suami dia just pesan kat anak dia, lepas ni pergi mengaji tiap-tiap hari jangan ponteng lagi. Itu saja yang keluar dari mulut si ayah. Itu pun sebab kawan kila buka mulut marah anak dia, kalau tak sampai sudahlah si ayahnya diam je. Seolah-olah anak dia tak buat salah.

Kila tak fahamlah ayah macam ni, kawan kila bukan saja-saja nak bantai tapi bersebab. Kawan kila nak didik anak dia jadi pandai bukan jadi budak jahat. Lepas tu siap suh kawan kila tu minta maaf dengan anak dia, b*****g....tinggi betul darjat anak dia tu dari isteri dia. Kawan kila tu tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang ibu. Makan, pakai anak tiri dia semua terjaga.

Dulu sebelum kahwin memang kawan kila dah jaga anak tiri dia, masa tu kawan kila ok je dengan budak tu tapi selepas berkahwin semuanya jadi berubah. Disebabkan sikap suami kawan kila yang kononnya tak manjakan sangat anak dia, menyebabkan kawan kila jadi benci pada anak tiri dia. Semua sikap anak tiri dia, betul aje pada pandangan mata suami dia. Kawan kila ajar anak tiri dia kenal huruf sampai boleh membaca.

Kesian kat kawan kila tu, sejak berkahwin ni nampak macam agak menderita dia tu. Mak ayah dia pun tak berapa suka sebenarnya dia kahwin dengan duda tu sebab mak ayah dia takut jadi macam sekarang nilah. Asyik bergaduh pasal anak tiri dia. tapi tu lah bila dah sayang semuanya ok je, bila dah lalui barulah terasa macam nak menyesal. Sebelum kahwin, suami dia tak nampak sangat macam manjakan anak dia. Apa yang kawan kila nasihat, suami dia dengar je.    

Korang rasa kawan kila ni mak tiri yang jahat ke? Normal ke kalau budak tu buat macam tu? Lepas tu, macam mana nak buat dengan si ayah tu? Betul ke tindakan si ayah tu biarkan sahaja kesalahan anak dia sebab kesian budak tu tak ada ibu?Kila harap adalah yang sudi bagi pandangan ye..           

Friday, September 21, 2012

First Time Tengok

As-salam..
Apa korang rasa bila tengok budak umur 2 tahun lebih datang rumah kita dah pandai hulur tangan nak bersalam tanpa disuruh oleh ibu or ayah dia?Teruja or itu adalah normal?

Hujung minggu hari tu kan kila balik kampung, pastu umi and abah kila buat open house hari ahad. Jemput jiran-jiran dekat situ dan kawan-kawan dorang. Ada sorang jiran tu datang dengan isteri dan anak dia umur 2 tahun lebih. Anak dia masuk je rumah terus hulur tangan nak bersalam dengan sesapa yang ada kat ruang makan tu. Kila and adik kila memang ada kat situ masa tu. Kila teruja tau tengok budak tu buat macam tu sebab ini first time kila tengok budak kecik macam tu dah pandai hulur tangan tanpa disuruh oleh ibu or ayah dia. Nampak kiut and sopan je..hehehe..Yang selalu kila tengok budak-budak kena paksa salam.

Pastu, biasa r budak-budakkan tak boleh duduk diam. Dia pun menjelajahlah rumah kitaorang. Masa nak masuk dapur dia siap bagi salam kat orang yang duduk kat dapur. So cute..kila tak da lak gambar budak tu, lupa nak snap. Kalau tak boleh tunjuk kat korang. Budak tu budak lelaki tau. 

P/s :- terajin & ter ada idea lak nak menulis n3 hari ni :-)

 

Thursday, September 20, 2012

Hujung Minggu

As-salam..
Dah lama betul rasanya kila xupdate ni..tak ada apa sangat yang menarik untuk kila kongsikan kot..
Hujung minggu hari tu, kila balik kampung dengan kakak kila yang duduk kat Serdang. Husband kila tak dapat balik sebab tak dapat cuti..huhu..Kila balik pun sebab nak pergi berurut. 

Bila dah berurut ni barulah rasa lega sikit badan..hehehe..rasa macam nak berurut lagi lah nanti,hari tu berurut pun tak cukup 3 hari. sempat berurut 2 hari je. Macam-macam makcik tu bagi tau petua kat kila tapi ada beberapa je kila ingat..huhu..maklum ler banyak sangat makcik tu bercakap..hehe..

Antara yang kila ingat, lepas je bersalin terus minum air jelly gamat Luxor tu 5 sudu (3x sehari). Tak payah balik rumah baru nak minum. Luka cepat kering, pastu bila nak berurut nanti senang, perut jadi lembut dan kita tak lemah sangat lepas bersalin. Untuk baby pun ada, kalau nak elakkan baby dapat kuning keluar je dari labor room tu kena bagi baby makan satu jenis ubat. Makcik tu tak sempat pulak bercerita pasal nama ubat tu apa.

Untuk anak dara pun ada, sapa-sapa yang nak berkahwin tu kalau boleh sebelum kahwin lagi dah pergi berurut untuk betulkan kedudukan rahim. Bukan apa kita tak tahu dulu-dulu mungkin kita aktif sangat sampai kedudukan rahim kita terlari sikit. Makcik ni dah lama berurutkan orang, pastu dia urut pun xdalah sakit sangat. Kila pun xtahan kalau orang urut kila kuat-kuat sangat.

Oklah, nak sambung buat kerja. Jumpa lagi...

Thursday, September 6, 2012

Wednesday, September 5, 2012

Doa Agar Diberi Keringanan Untuk Melunaskan Hutang

Hari ni kila nak berkongsi satu doa dengan kawan-kawan..Moga-moga sesiapa yang berhutang tu dapatlah melunaskan segala hutang-hutangnya termasuklah kila. Insya-Allah..


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kikir dan sifat pengecut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang serta penindasan orang lain." [ Hadith Riwayat At-Tirmidzi dan HR Bukhari]

Thursday, August 30, 2012

Perlu ke Tak Perlu?

As-salam..
Kila tak berapa sihat sekarang ni. batuk & selsema serta sakit-sakit badan...huhu..Sakit sebab masa raya ari tu kila tak pantang sangat, main bedal je dah tak pakai stokin dalam rumah & waktu tidur. Padahal lantai rumah kila tu sangat lah sejuk. Pastu time mandi pagi dah tak mandi dengan air panas, mandi dengan air sejuk je. Sekejap je pinggang kila dah sakit, sakit kat tempat kena cucuk bius masa buat D&C ari tu..huhu..Padahal dah sebulan ni keguguran.

Oklah, berbalik pada tajuk kat atas tu. Kila nak tanya ni perlu ke tak perlu nak berurut bagi rahim naik lepas keguguran? Umi kila tak tau sebab tak pernah ada pengalaman keguguran. Masa SIL kila keguguran pun, SIL kila tak berurut pun tapi elok je cepat dapat baby baru..Kawan kila kata kena berurut sebab dia pun dulu berurut juga bagi rahim dia naik balik lepas keguguran dulu. Kalau tak berurut nanti rasa sakit kat antara bawah perut dengan peha. Kila pun dah rasa sebenarnya sakit-sakit kat situ. 

Kawan-kawan tau tak nak berurut ke tak?Sapa-sapa yang ada pengalaman tu boleh lah kongsikan dengan kila. Tengah confuse ni..

P/s : Tetiba rajin lak update blog hari-hari.. :-P

Wednesday, August 29, 2012

Pengalaman Beraya Di KL

As-salam..
Kembali bersiaran setelah lama bercuti dari menulis..hehehe
Bagaimana raya kila tahun ni?Berbeza sangat-sangat rasanya raya kali ni.Selalunya petang-petang sebelum hari raya tu kila sibuk mengemas rumah dan bantu umi kila apa-apa yang patut di dapur dengan adik perempuan kila tapi raya kali ni kila steady je duduk dekat rumah masak untuk berbuka. 

Lepas berbuka baru pergi rumah PIL kila, tu pun bukan tolong buat apa-apa pun. Masuk sekejap tunjuk muka pastu keluar sebab nak pergi chow kit dengan husband kila. (Teruk betul menantu macam ni kan?..hehe..)Tak ada lah murah sangat-sangat kuih raya time malam raya tu. Buat penat kaki je berjalan dan berhimpit dengan orang ramai. Itu pengalaman kila lah, tak tau lah orang lain. Balik dari chow kit, tunjuk muka kejap pastu terus balik rumah tidur. Tak tidur rumah PIL sebab rumah kila hanya 10 minit dari rumah PIL kila.

Pagi raya bangun tidur buka tv sebab nak dengar takbir, barulah rasa macam raya sikit. Sangat syahdu bila dengar takbir raya..(menitislah juga air mata kila time ni..hehehe), terasa nak terbang je balik kampung kila..Telefon umi dan abah kila pastu siap-siap pergi rumah PIL kila. Pagi raya tu MIL kila masak ketupat dengan rendang dan kuah kacang. Sunyi sangat kat kawasan rumah PIL kila tu. Ramai yang sambut raya di kampung.

Lepak-lepak kat rumah mak mertua sampai pukul 12 t/hari, pastu bertolak pergi Temerloh sebab pagi tu telefon umi dan abah dorang cakap nak balik jumpa nenek belah abah lepas solat hari raya. Selalunya raya kedua baru dorang pegi sana. So, dapatlah juga kila jumpa umi dan abah kila raya kali ni.

Balik hari je dari Temerloh sebab raya kedua husband kila keje. Petang tu bila abang kila yang sulung dah sampai dari rumah mak mertua dia di Jengka kami pun buatlah sesi bergambar adik-beradik. Husband kila pun macam enjoy je..Lepas maghrib kami bertolak balik semula ke KL.

Raya kedua, MIL kila ajak pergi beraya rumah sedara-mara dia kat Klang. Kalau tak kila duk rumah je ar sepanjang hari tu.  Mesti kebosanan tahap apa ntah'n?Kesimpulannya, raya di KL memang berbeza sangat-sangat dengan raya di kampung. Tak semeriah raya di kampung.

Oklah kita layan gambar ye..

Feeling-feeling macam ambik gambar kahwin...hehe

Bergambar di tengah panas..

Adik kila yang paling bongsu & bawah kila
(Kerul & iwan)

Bersama SIL, niece & my sis

P/s : Banyak lagi sebenarnya gambar tapi semua pada kamera adik kila.Korang punya raya mesti bestkan?



 

Thursday, August 16, 2012

Raya..Raya..

As-salam...
Mood untuk bekerja memang dah ke laut ni. 
Tahun ni pertama kali kila beraya sebagai isteri orang dan pertama kali juga raya pertama jauh dari keluarga. Beraya di KL je, lagipun mak mertua kila memang duduk di KL. Tahun ni en. suami dapat cuti hari raya pertama je, so memang tak balik kampung belah kila langsung...huhu..tapi kira tak sedih sangat sebab 2 minggu Ramadhan kila berada di kampung.
Tak tau camne suasana raya di KL. Tahun ni bolehlah merasa camne suasana kat Jalan TAR time malam raya. Kawan kila kata time ni lah kuih-kuih dan baju-baju dorang jual murah. Mesti sesakkan?
Dikesempatan ini juga kila ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada kawan-kawan blogger, minta maaf sekiranya ada komen-komen kila yang membuatkan terasa hati. Sayang korang ketat-ketat.


P/s : Ada tak sapa-sapa yang beraya kat KL juga?



Thursday, August 2, 2012

'Dia' Bukan Milik Kami Part 3

As-salam..
Sambungan dari entry lepas..keesokannya, hari khamis (18/7/2012) kila ke HKL sekali lagi sebab darah dah start keluar banyak dan sakit perut sudah menyerang dari tengah malam lagi. Terpaksa melalui proses yang sama seperti semalam. Kena check kat bahagian bawah dan scan. Kali ni yang check doc lelaki dan scan doc perempuan yang tersangatlah garang dan ganas. Sampaikan doc lelaki yang mula-mula check kila dan nurse pun takut kat dia. Kila yang tengah sakit ni pun rasa nak lempang je doc perempuan tu..hehehe..ingatkan nurse yang garang tapi meleset pula sangkaan kila, doc pula yang garang.

Confirm kila keguguran dan kila terpaksa melalui proses D&C untuk mengeluarkan 'dia' pada hari jumaat. Hari tu juga kena admit kat wad, pengalaman pertama kila masuk wad..huhu..malam tu memang kila just tidur-tidur ayam je sebab agak takut juga untuk melalui proses D&C. Sebelum tu kena start puasa dari pukul 12 malam.

Pagi jumaat, pukul 6.30 pg lagi nurse dah kejutkan suruh tukar baju labor room tapi tunggu punya tunggu pukul 5.30 petang baru dorang panggil untuk pergi ke labor room. Ada 2 orang yang akan kena D&C hari tu. Kila dan juga seorang warga Myanmar. Tiba-tiba je dari pagi ada emergency case yang lebih berat dari case kami, mereka terpaksa settlekan dulu kes tersebut. Biasalah, kalau hospital kerajaan mestilah kena menunggu..hehehe..nasib baik perut kila dah tak sakit sangat hari tu, so tak kisah lah kena menunggu pun.

Sebelum proses D&C dijalankan kila dicucuk kat bahagian pinggang untuk bius separuh badan. Sangatlah sakit masa kena cucuk tu. 2/3 hari juga baru hilang rasa sakit kena cucuk kat pinggang. Sekejap je proses D&C dijalankan, tak sampai sepuluh minit dah siap. Masa mula-mula doc nak buat tu kila agak terasa sakitlah jugak sebab ubat bius tu belum berkesan sepenuhnya lagi. Sampai menangis kila dibuatnya tapi bukanlah disebabkan sakit aje kila menangis, kila menangis sebab sedih yang baby kila benar-benar dah takda..Kila redha kehilangan 'dia' cuma kadang-kadang tu datang juga kesedihan dalam hati kila.

Hari sabtu kila dah boleh keluar wad dan doc bagi MC selama 2 minggu. Keluar saja dari hospital terus kila balik kampung, berpantang di kampung. Baru tau seksanya berpantang, walaupun xbertungku (sebab awal-awal ni nenek xbagi bertungku lagi) dan berbengkung tapi banyak benda tak boleh buat masa berpantang buatkan kila rasa terseksa..hehe..tapi semua tu untuk pastikan badan kita benar-benar sihat.

p/s : nurse-nurse di HKL bahagian wad bersalin sangatlah baik. Cakap pun sentiasa berlembut dengan pesakit tapi kalau pesakit banyak songeh, jangan haraplah dorang nak berlembut dengan kita. Yang penting ikut je apa kata dorang.





Sunday, July 29, 2012

'Dia' Bukan Milik Kami Part 2

Kila sambung semula cerita macamana kila boleh keguguran. Salah kila sebenarnya sebab tak bertanya pada yang lebih berpengalaman, kila betul-betul tak tau yang time mula-mula mengandung tak boleh minum air halia. Rupanya air halia tu panas untuk ibu mengandung.

Kila start bleeding hari Isnin, time 2 pukul 4 pagi kila bangun untuk ke tandas dan bila buang air kecil ada sedikit darah keluar. Kila relax lagi masa tu, pergi ofis macam biasa. Kila ingat'n lepas tu dah tak ada darah keluar lagi tapi tengahari isnin tu darah keluar lagi. Darah still keluar sampai malam tapi tak kena kat panties pun, bila time buang air kecil je keluar. Kila nak ajak husband kila pergi klinik tapi hari tu husband kila kena kerja sampai malam, kesian lak kat dia balik penat-penat nak kena keluar semula. So, kila decide pergi klinik hari selasa.

Hari selasa pergi klinik, doktor check semua dia kata tak ada apa-apa. Normal dia kata darah ada keluar sedikit. Bila doktor kata camtu kila pun tak ada lah risau sangat. Tapi hari Rabu darah still keluar dan kali ni memang kena kat panties kila. Bila dah kena kat panties tu barulah kila panik. Cepat-cepat kila mesej husband kila, bagitau darah keluar banyak sikit hari tu. kali ni kitaorang decide pergi check di HKL.

Mula-mula kitaorang pergi kat pesakit luar, bila jumpa doktor kat sana dorang suruh pergi ke bangunan Hospital Bersalin. Masuk bahagian EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) Wad MHIA. Tapi mula-mula kena daftar kat bawah dulu, pastu baru dorang hantar kita ke bahagian EPAU tingkat 1. Kat sana, bila dah ambik maklumat semua. Nurse pun suruh tukar seluar dengan kain yang disediakan. Mula-mula sekali doktor check kat bahagian bawah dengan menggunakan 'muncung itik'..kila tak tau nama sebenar alat tu apa..huhu..tapi rupa dia memang macam muncung itik. Agak sakit jugak lah bila dia masukkan benda tu kat bawah. Kila tak tau pun kena tahan nafas masa benda tu dimasukkan sebab tu sakit. Masa ni dapat doktor perempuan India. Lepas dah check kat bawah barulah boleh scan, time nak scan doktor lain pula take over. Kali ni dapat doktor lelaki lak..huhu..sangat lah malu sebab bila dia scan kat perut tak nampak sangat baby tu, so dia terpaksa scan melalui bahagian bawah lak..

Resultnya, doktor kata degupan jantung baby macam dah tak ada tapi dia kata mungkin kecik lagi sebab tu macam xdapat tau degupan jantung baby. Dia cakap jangan sedih-sedih dulu, 2 minggu lagi datang semula tapi kalau darah still keluar banyak dan makin teruk boleh datang check semula bila-bila masa. agaknya masa tu doc tu nampak muka kila macam nak nangis sebab tu doc tu cakap macam tu.

Panjang pulak rsnya n3 kali ni, kila berhenti dulu lah sampai sini dulu. Nanti sambung lagi ye...

Saturday, July 21, 2012

'Dia' Bukan Milik Kami

as-salam..
last entry dulu kila berkongsi rasa kegembiraan kila kerana hamil dan hari ni kila juga nak berkongsi rasa kesedihan kila kerana kila telah disahkan keguguran ketika kandungan kila berusia 2 bulan 2 minggu 2 hari.

sedih?siapa yang tidak sedih bila telah disahkan mengandung tapi akhirnya keguguran..kila tak tau apa puncanya kila keguguran. doktor kata kemungkinan keadaan rahim kila lemah. terpaksa melalui proses mencuci rahim di general hospital dan pertama kali merasai pengalaman tidur di wad. di lain entry nnti kila akan bercerita tentang pengalaman kila di wad ye..sekarang tengah rasa sengal2 di pinggang kesan dari kena cucuk untuk ubat bius di pinggang.

baru tengahari tadi kila dapat keluar wad dan sekarang telah berada di kampung halaman kila. umi kila mendesak supaya kila berpantang sekejap di kampung. tak sangka rupanya umi kila tetap mengambil berat pasal kila. benarlah selama ini, apa sahaja yang berlaku pada kita pasti ada hikmah di sebaliknya. sebelum ni kila xpernah rasa dihargai dalam keluarga kila tapi kila silap sebenarnya. terima kasih umi, sekurang-kurangya kila xkeseorangan..

Saturday, June 16, 2012

Mum To Be



 Alhamdulillah..setelah 6 bulan berkahwin, akhirnya disahkan mengandung lebih kurang 5 minggu. Macam tak percaya je sebenarnya sebab sebelum kila check kila memang xda rasa apa-apa sangat pun, cuma rasa sakit-sakit perut macam nak period dan breast sakit je. tu pun kila anggap sebab nak period.

Kila punya period memang on time tiap-tiap bulan. So, bila dah lewat sehari tu kila pun mula syak maybe kila pregnant. Balik dari keje terus singgah farmasi beli pregnant test tapi kila xterus test bila balik rumah. Kila tunggu lagi 2-3 hari, manalah tau bulan ni saja je nak lewat 2-3 hari..hehe..

Lepas dah lambat 3 hari tu, sebelum nak mandi pagi tu kila wat test dulu and resultnya adalah positif..huhu..xtau nak gambarkan camne perasaan bila tengok double line tu..agak terkejut sebenarnya sebab xsangka rezeki tu datang juga.

p/s - harap2 xloya n muntah2.. blh x gitu?hehehe..


Monday, April 16, 2012

Peringatan Ketika diuji oleh-Nya

JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Peringatan untuk kita semua jika diuji oleh-Nya. Ayat-ayat ni kila ambik dari sebuah blog Mazni_Azis. Rasanya macam dah minta izin kat tuan blog tapi xsure tulis ke x..huhu
Memang sangat2 menenangkan kembali perasaan bila baca ayat-ayat ni.

Monday, April 2, 2012

Saya Yang Buntu

Masalah yang datang bertimpa-timpa, cara bagaimana kita nak selesaikannya terletak pada tangan kita. Jangan sampai lakukan sesuatu yang bertentangan dari ajaran-Nya sudah. Pesanan ni juga untuk kila sendiri.

Sungguh, kila xtau nak buat apa sekarang ni. Buntu rasanya tapi insya-Allah segalanya akan selesai, doakan yang terbaik untuk kila.

Thursday, March 29, 2012

BaKal DaPat Baby!!!!

Hari ni kila mendapat pengkhabaran gembira, insya-Allah dlm 8 bln lbh lg lahirlah insan yang dinanti2kan oleh setiap pasangan yang berumahtangga....

Tapi bukan kila yang mengandung, adik kila yang sama2 melangsungkan perkahwinan dengan kila ari tu yang mengandung. Tahniah untuk adik kila, Siti Junaina. Makin ramai r cucu tok abh & tok umi lps ni.

Kila tumpang gembira utk adik kila. Adik kila ni ank perempuan terakhir dalm family kila. Sangat2 manja & sensitif. Klu dtg sengal dia, semua org dia kacau & buat lawak. Semalam birthday dia, so kiranya dpt hadiah birthday yang sangat2 bermakna. 

Dah sebulan lebih dia jadi org Sabah sebab ikut husband dia yang bekerja kat sana. Entah bila r dia akan blk ke semenanjung. Sebelum ni dia xpernah pn jauh dari umi & abh. Masa mula2 sampai sana, dia asyik cakap boring je duk kt sana sbb xda kawan & xkeje. Tapi bila dah lama2, dia dah jumpa kwn semenanjung so dia dh xboring lagi.

Apa2 pn, kila doa'n semoga kandungan dia ok & Selamat Hari Lahir Buat Adik ku..hehehe..

Wednesday, March 28, 2012

dUgaaAn daRi-Nya

Sedih..pedih..bl apa yg kita inginkan dan impikan xsama dgn realitinya. Kila berazam untuk menggembirakan kedua org tua kila, xmau lagi mereka susah hati kerana kila tapi kila hanya mampu merancang, Dia yg tentukan segalanya.

Kila rasa kila lah anak yang paling banyak buat umi & abah kila susah hati. Kila seorang anak yang teruk. hidup hanya utk menyusahkan hati umi & abah kila. kenapa mesti kila lahir ke dunia klu hanya hidup utk buat umi & abh kila susah hati?

Ya Allah..hanya Kau Maha Mengetahui segalanya...


Thursday, March 22, 2012

Bl SuaMi MeraJuk

Hai semua..kembali menulis hari ni setlh hampir sebulan kila xda n3 br. Semlm cik abg merajuk sbb kila sbk nak tgk drama korea,sdgkan dia nak tgk cite melayu. bila kila wat bdh je, dia trs xnk lyn kila. Tanya soalan pn jwb mcm xnk jwb.

Cik abang ku sayang ni, psl tv pn nk merajuk jg. dari ptg blk keje tgk rancangan dia smpai lah kul 9 pn xpuas jg. Kila tgk drama korea tu pn 2x semggu je. Tu pn nak jadi'n isu. Saja nak cari gaduh bl dh lm xbergaduh.. :-)

Mengalah'n budak2 lak merajuknya..hehehe..


Monday, February 27, 2012

Selamat hari Lahir Utk Saya

Hari ni meningkat lg umur kila sethn.dah tua dah den..ada sp2 nk bg hadiah kt kila x?hahaha..dasar muka xmalu'n?

Terima kasih umi n abah sebab membesarkan kila menjadi org yg berguna dan memberikan didikan agama yg sempurna. Yg xsempurnanya diri kila sendiri..huhuhu...

Tahun ni 1st time jg sambut birthday sebagai isteri org..rs2nya ada yg special x ari ni?

Kila xberapa suka kek tp klu ada org belanja, kila makan je..hehehe..teringat dulu ada sorang kwn laki ni, bg kek birthday kt kila..mmg terkejut sgt, siap dtg rmh lg anta dpn pintu rmh..teruja sgt ms tu bl dpt kek birthday kali pertama dlm hdp, rupa-rupanya kwn kila tu ada hati kt kila. Org kt klu lelaki tu ada hati kt kita, dia mmg sggp buat apa sj utk kita..huhuhu..btl ke?Dh melalut lak kila ni..tu semua kenangan, skrg kila dh jadi isteri pada En. Fadhil Bin Harwan.. Love U Abg..hehe





Sumber : En. Google

Harap-harap dpt r apa yang dihajati thn ni..Insya-Allah..Amin..

Thursday, February 23, 2012

Gila malas & otak beku

Rasanya dh lm giler kila x update tulis apa2 kt blog ni. Bkn xnk update tp bl start je menaip mula r otak jd beku. Pdhal byk je benda nak citer. Bl otak dh beku, kila pn just blog walking je r.

Ok r, ari ni kila just share psl kila kn naik tren g keje 2 mggu lps. Mmg pengalaman yg kila x'n lupa'n smpai bl2..hehehe (gelak sbb malu)..kila mmg dh lm xnaik tren. klu g mn2 mesti cik abg yg anta n ambik. so, kila xtau pn yg RapidKL dh gn'n token sbgai tiket, sebelum ni'n dorang gn yg mcm kad tu. bl dh bl tiket tu, kila t'mng..xtau nk watpe...camne nk buat ni, klu yg kad tu kila tau r kn msk'n kt dlm lubang yg disedia'n tp token ni camne lak?dh ler ms tu dh lmbt.

Pastu kila pn tgk r sekeliling, dorang ni main touch2 je..dlm hati kt,dorang ni semua pkai TnG ke?kila pn berani'n diri pergi dkt skt kt tpt nk msk ke sebelah sn tu. Rupa2nye, token tu nk kn touch jg br blh msk ke sebelah sn...hahaha..(sila gelak'n kila yg sengal ni). Ms ni blh cover malu lg tp bl dh smpai ke stesen yg ditujui.

Kila ni confident je g touch token tu....tp apsal palang xnk terbuka ni..3x kila cb touch, still sm jg..tb2 ada satu sore.."dik,msk'n token tu kt sn"..kt sore tu smbl tnjk kt lubang yg ada...hahahahahaha...apsal kila blh xt'perasan yg ada lubang kt st..malunye kila ms tu. tanpa byk ckp,kila pn msk'n token tu kt lubang yg ada pastu trs jln laju2...rsnya mau tebal 3 inchi kot muka kila ms tu. Pengalaman btl r...

Moral of the story, klu dh tau xtau tu rajin2'n r diri b'tnya. Xda r dpt malu nnti..hehehe..Pastu sentiasa r mengikuti perkembangan semasa, xrugi pn. M'yenang diri sendiri n org sekeliling..btl x?


So, ini ler rupa token yg RapidKL pkai skrg..
Sumber : RapidKL

Noted : Skrg ni klu perjalanan yg kn tukar tren tu, dh xpyh nak bl satu2 tiket. Kita blh bl tiket siap2 kt stesen yg mula2 kita naik. itu klu tren yg diselenggara'n oleh RapidKL r. Klu Monorail n KTM kila xsure..hehehe

Wednesday, January 18, 2012

Fobia

Korang ada x geli ngan apa2?xkish r geli/fobia psl apa pn..mcm kila, kila fobia dgn cacing,lintah, pacat n whatever ulat yg lembik2 tu..bl ternampak je benda2 ni automatik bulu roma meremang..huhuhu..geli-geliman kome..

ni kila nk cite, dl ms sekolah rendah kila gi sekolah jln kaki ramai2 ngan kakak kila n ank jiran2 sebelah rumah. kawasan yg selalu kitaorg lalu tu bl time lps hujan je mesti air bertakung. Bila air bertakung je, lintah pn bermaharajalela r kt situ. Masa tu time balik sekolah, kila punya fobia ngan lintah tu sampai sanggup tggu ayah kila ambik kila kt situ..klu nak tau kila tggl sorang2 je kt situ,yg jln kaki ngan kila semua dh blk.dh r semak samun kt situ.klu jadi apa2 kan susah tp kila xfkr apa2 dh yg penting kila xperlu jejak'n kaki kila kt dlm air tu..nsb baik ms tu ayah kila ada kt rmh,klu x xtau r sp yg sggp layan kerenah kila ms tu..entah2 terpaksa tggu smpai ayah kila blk..oh,tidak..

ada lg satu kish ni, ni psl cacing lak..minta maaf r klu ada yg nk termuntah lak bl bc kish yg ke-2 ni. Kila dl sukaaaaaaa sgt ngan petai jeruk, siap blh mkn camtu je walaupn xda nasi..xkira ms kila suka sgt ratah petai jeruk tu tp smpai r satu hari tu kila rs ada benda je dlm tekak kila n lps tu kila trs termuntah. tau x apa yg kuar dr mulut kila?mesti r korang xtau sbb kila xabis cite lg..nak tau x apa dia?CACING!!!...oh,tidak...takut giler kila ms tu, bkn kecik2 ank tau cacing yg kuar tp besar,warna pth lak tu..huh..geli..nsb baik sekor, klu x mau pengsan kila kt situ jugak..sepupu2 pn duk terkejut ms tu..kila xtau apa tindakbalas petai jeruk tu dlm perut kila smpai cacing tu blh kuar ikt mulut kila..lps je peristiwa tu mmg mati hdp smula kila xmkn dh petai jeruk..petai yg blm diperap tu pn,kila xmkn..

tulis entry ni pn,kila blh jd geli-geleman tau apatah lg klu tgk gambar...huhuhu..
ada sp2 x nk kongsi korang fobia ngan apa?

Friday, January 6, 2012

MC Di Awal tahun Baru

HuHu..ari ni kila mc sbb sakit mata..menaip pn mata xberapa terang..pg td lg r mata xblh bk sgt..nsb baik cik abg blh msk lmbt skt keje, pksa diri r td g klinik.

sedih sbb ingat'n xnk mc bln 1 ni tp ye r kita hnya merancang Tuhan yg menentu'n segalanya..baru semlm 1st day keje dlm thn baru,dh cuti lak lg ari ni..

sian ofis mate tggl sorang2,dh r dia mengandung. Kn wat keje byk lak tu..nasib r bdn sbb ada 2 staff je kt bahagian ofis..

mata ni dr td berair..dh mcm menagis lak jdnye..huhu..